Mengendap a.k.a Skodeng 2: Edisi Lelaki Bikin Menantu

Aku berehat barang seketika dua daripada blogwalking malam ni sebab Astro kena potong sebab tak bayar dan aku terpaksa menapak ke kedai mamak sebab nak tengok match suku akhir Piala Dunia Brazil vs Belanda. Dan buat kesekian kalinya, aku ingin mengatakan kepada penyokong pasukan Brazil... Sayonara... Haha (gelak jahat sedikit mengejek)

Ok stop pasal Piala Dunia.

Setelah aku berjaya menskodeng cik su'aidah dengan jayanya pada entri lepas, kali ini aku terus lagi menapak untuk mencari mangsa seterusnya. Dan mangsa aku seterusnya pada entri kali ini adalah....


Blog ini adalah milik saudara Syed Abu Zulfadhli Al Qadrey.

Mengapa nama blognya microwriter?

Menurut tuan empunya blog, nama ini bertitik tolak semasa beliau berada di tingkatan lima dan guru biologinya berasa sangat hempes kerana tulisan beliau sangat kecil, dan oleh kerana itu guru biologi beliau menggelarkannya microwriter, membawa maksud seorang yang mempunyai tulisan yang kecil. Agaknya guru biologi beliau rabun dekat, dan berasa hampes kerana terpaksa memberi perhatian khusus untuk membaca tulisan beliau.

Blog saudara Syed Abu Zulfadhli ini bagi aku seperti sebuah kapal, yang membawa pelbagai barang dagangan dan akan singgah berlabuh dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan kecil untuk memperdagangkan barang-barang dagangan tersebut.

Mengapa aku mengatakan semacam itu?

Blog saudara Syed Abu Zulfadhli ini memang fokusnya adalah artikel-artikel ilmiah berkenaan agama Islam, peringatan, dan juga perkongsian ilmu.

Contohnya, adakah anda tahu apakah adab-adab mesyuarat mengikut sunnah? Microwriter ada jawapannya.

Adakah anda tahu bagaimana caranya untuk berwuduk jika anggota tercedera? Microwriter ada jawapannya.

Walaupun ianya adalah berdasarkan apa yang diperjelaskan oleh ulama terkenal contohnya seperti Dr Maza, namun saudara Syed Abu Zulfadhli mengambil inisiatif untuk berkongsi bersama para pembaca yang mungkin secara sengaja atau tidak singgah di blog beliau.

Segala apa yang dilakukan oleh saudara Syed Abu Zulfadhli dalam blognya adalah satu bentuk dakwah yang hanya Allah S.W.T dapat membalasnya di akhirat kelak.

Dan, blog saudara Syed Abu Zulfadhli ni juga banyak entri berkaitan kesihatan. Bagus untuk mereka dan mereka seperti aku dan kamu ni yang tak berapa nak peka tentang kesihatan tubuh badan.

Aku harap saudara Syed Abu Zulfadhli akan lebih banyak berkongsi pendapat beliau dalam isu-isu semasa semacam masalah sosial, penagihan dadah, pergaulan bebas dan macam-macam lagi.

Aku tenang sekali kalau singgah blog beliau, sebab ada lagu-lagu nasyid. Terus terang aku cakap, aku bukanlah penggemar lagu-lagu nasyid, tapi bila dah singgah blog beliau dan dengar secara tak sengaja, macam ada satu ketenangan yang memenuhi ruang dada aku.

Cuma aku kurang gemar secebis saja bila singgah blog beliau. Widget salji jatuh tue. Hadooi! Bila terklik secara tak sengaja, terus link ke web widget tue. Kurang gemarlah..

Nota kaki: Aku memang tak mampu atau belum sampai seru nak lakukan seperti apa yang saudara Syed Abu Zulfadhli lakukan dalam blog beliau. Tapi aku melakukan yang terdaya berdasarkan apa yang aku tahu dan sedia maklum.

Aku kurang pasti sama ada saudara Syed Ahmad Zulfadhli ni telah bernikah atau belum. Kalau belum menikah, maka beliau pasti adalah antara calon makcik dan pakcik di luar sana untuk dijadikan menantu. Sejuk hati mak beliau masa mengandungkan beliau.. :)






Read Users' Comments (5)

5 Response to "Mengendap a.k.a Skodeng 2: Edisi Lelaki Bikin Menantu"

  1. rhapsody LiN says:
    July 3, 2010 at 1:19 AM

    wahh.. unik kamu buat en3 mcm ni.. hehe
    ku x tau ke layak ke tak nak dibuat menantu ^_*

  2. arboqskii says:
    July 3, 2010 at 1:51 PM

    oranje......si ayam belanda hehe...

  3. Adam says:
    July 3, 2010 at 6:26 PM

    brazil kalah, itulah yg dinanti-nantikan. hahahaha! :D

  4. Syed Abu Zulfadhli al-Qadrey says:
    July 3, 2010 at 6:55 PM

    salam.
    Syukran kasiran hapiz sebab sudi tulis pasal blog ana.Semuanya datang dari Allah.Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk terus berdakwah di jalan Allah.Ameen....da buang da salji tu :-)

  5. semut lelabah says:
    July 3, 2010 at 7:40 PM

    rapshody lin: hehe aku pun tidak pasti akan didriku ini. huahuahua..

    arbogskii: hahah.. yes go orange!

    dakjaat: hahaha.. aku sebenarnya tak sokong mana-mana lepas england kalah.. :P

    syed: Semoga aku juga diberi kekuatan untk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik..