TUHAN ITU MAHA ADIL...

Salam bloggerz...


Pertama maaf sebab lama tak update blog.. Ermm ada ke org baca blog aku ni??

Kedua nak kongsi satu cerita. Entri agak jiwang kalau nak muntah hijau siap plastik hitam cepat-cepat..

Sesungguhnya.. Allah Maha Adil..

Aku jarang sebenarnya nak cerita hal personal atau hal cintan cintun di blog. Tapi entri jiwang ni aku tulis sebab rasa perlu dan bosan.

Pernah kamu dan kamu semua putus cinta? Pernah kan? Rasa macam mana? Ada tak pahit macam peria mentah belum goreng letak kicap sama cili sama perencah maggie cukup rasa?

Malam semalam, entah macam mana aku call ex-girlfriend aku yang sangat la cxtx. Lama dekat dua bulan aku tak contact beliau.

Sekali sekala borak banyak jugak yang la cerita yang keluar dan satu yang menarik sekali adalah ayat yang berbunyi macam ni:

Beliau cakap: "Nak tahu, saya dah tukar kereta baru.. Papa hadiahkan"

Aku tanya balik: "Aik, bukan awak dah ada Myvi Oren ke?"

Beliau jawab: " Tak, ni baru tukar.."

Aku tanya balik: "Kereta Malaysia ke luar"

Beliau jawab: "Luar.. Tekalah...."

Aku jawab: "Malas nak teka.. Cakap je"

Beliau jawab: "Alaa... Awak ni.. Suzuki Swift la.."

Aku jawab: "Mak ai.. Sekali tukar Suzuki Swift. Myvi Oren?"

Beliau jawab: "Adik-adik kan dah besar.. Bagi kat adik guna".

Aku tanya balik: "Kenapa tukar?"

Beliau jawab: "Hari tue saya down sangat. Papa nak cheer me up so papa ask me Diha why dont you change your car? I said yes la.."

Dalam hati aku ada sikit detik. Mak ai nak cheer up sampai beli kereta baru..

Aku nasihat kepada beliau bahawa beliau sangat bertuah sebab sebab dilahirkan dalam keluarga yang sangat aman damai, kaya raya dan hidup macam puteri raja. Apa nak pun dapat. Aku nasihatkan kepada beliau jangan sesekali derhaka dengan mak ayah beliau..

Aku cakap lagi, aku ni nak dapat sebutir Saga BLM tue pun kerja separuh mati baru dapat. Beliau tukar kereta macam tukar baju saja...

Sebelum tertidur semalam, aku terfikir apa akan jadik kalau aku ni dijodohkan dengan beliau? Aku ni kira datang dari keluarga sederhana dan memang sangat sederhana. Hidup penuh ranjau onak duri hutan lalang semua. Kalau la beliau dijodohkan dengan aku, macam mana beliau nak hidup tanpa shopping atau kesenangan melimpah ruah?

Sanggupkah beliau terima keluarga aku?

Sanggupkah beliau susah payah hidup sama aku?

Sangggupkah beliau layan petai sama ikan keli bakar sama aku?

Sanggupkah beliau tidur kat rumah aku di kampung yang sejuk dengan nyamuk hurung kepala?

Dan macam-macam lagi yang aku fikir..

Dan Tuhan itu memang Maha Adil.

Aku dengan beliau tak mungkin dapat hidup sama-sama sebab ibarat macam langit dan bumi.

Tuhan uji aku dengan pisahkan aku dengan beliau.

Mula-mula clash aku selalu fikir yang Tuhan itu tidak adil sebab buat aku macam ni.

Lama jugak aku down. Tapi aku cool beb. Hahah...

Dan sekarang aku memang sedar. Setiap yang jadik itu memang ada hikmah dan perancangan dan ketentuan Allah itu adalah sempurna.

Tapi satu kenan ingat. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum atau seseorang kalau kita tak ubah diri kita sendiri dahulu.

Dan lepas aku clash aku bangun balik. Kumpul kekuatan hidup susah payah carik kerja baru sebab majikan lama naya aku dengan tak bayar gaji.

Dan hasilnya memang mula sudah nampak. Satu impian aku sejak sekian lama tercapai.

Dan satu lagi.. Lidah memang boleh menipu dengan katakan "Aku benci kau"

Tapi hati kecil detik sikit-sikit ala-ala lagu Yuna: "Kenapa aku tak boleh lupakan kau.. Dan kenapa muka senget kau selalu aku terbayang-bayang?"

Itu dinamakan CINTA..

Sungguh perancangan dan ketentuan Allah adalah sempurna.


Nota kaki:

- Sekali sekala jiwang.. haha.
- Calon bini suh mak carik sudah....

-DIHA AKU MEMANG BENCI KAU! (Tapi betulke aku benci kau?)

-Dem.. Kenapa jiwang sangat malam ni??




Read Users' Comments (14)

14 Response to "TUHAN ITU MAHA ADIL..."

  1. Unknown says:
    November 7, 2010 at 3:58 AM

    hmm.
    kalo lelaki ckp 'i hate you',
    sbenanye dye x mksudkn cmtu pn ey? huhu.

    eh, tol ke tu lagu yuna? lagu pe?

  2. Unknown says:
    November 7, 2010 at 3:59 AM

    eyhh, nak tmbh lg,
    putus cinta x pahit tapi sakit. hee~

  3. semut lelabah says:
    November 7, 2010 at 4:06 AM

    haura: tak semua laki camtue. Sesetengah dan bergantungkat situasi juga..

    Aku nak refer sebenarnya untul lagi "dan sebenarnya.. Mana ada lagu Yuna gitu da...

  4. LiFe KaMi says:
    November 7, 2010 at 5:29 AM

    dalam hati ada taman beb..hehe
    semua tu ada hikmahnya,Tuhan menentukan manusia hanya merancang..harap ko tak angau..:)byk lg pmpn lain..
    welcome back..

  5. nur maisarah says:
    November 7, 2010 at 9:12 AM

    ade org ckp, mungkin Tuhan sengaja nak kite betemu dengan org yg salah, sebelum kite jumpe dgn org yg betul, yeah, pgalaman mengajar hidup, yg pasti, semua ade hikmahnye... hee

  6. shapoji says:
    November 7, 2010 at 9:50 AM

    wow jiwang....rileks2...bunga bukan sekuntum...kita hanya mampu merancang, tuhan yg enetukan...

  7. shuffey.armie says:
    November 7, 2010 at 10:46 AM

    putus cinta adalah part paling perit skali..nak get over it memang makan masa yg lama...

    tp Allah Maha Adil...DIA tarik yg ni...DIA bagi yg lain..

    rilek bro..jgn cakap benci2 selalu..nanti lagi makan hati ;p

  8. cik shabah says:
    November 7, 2010 at 11:48 AM

    oke fine!cik shabah TER-sedih baca entri ko ni.cik shabah pun xtau nape,arghhh! =P

  9. Anys Amyra says:
    November 7, 2010 at 12:51 PM

    dulu masa couple tak perasan ke dia hidup mewah mcm tu?hehe.

  10. Cik Kentang says:
    November 7, 2010 at 4:08 PM

    Sangat seronok baca entry ni. Betul. Di mulut cakap benci, di hati siapa yang tau?

  11. namia cinta says:
    November 7, 2010 at 10:41 PM

    panjang umur... ingat dh majok tak nk update... theheheheheheh

  12. semut lelabah says:
    November 8, 2010 at 1:53 AM

    Life kami

    Tq.. Angau tue tak tapi payah nak lupa..

    Cik azeya:

    Betul aku setuju seratus peratus

    Shapoji:

    Jiwang sangat ke? hahah

    Armie:

    Dah x larat nak makan hati dah..

    Cik shabah:

    Eh ko touching lebih plak.. haha

    Anys Amira:

    Tau dah.. Tapi hati dah suka kan? Tapi beliau low profil je.

    Cik kentang:

    Dalam hati Tuhan je tahu..

    Namia:

    Aku hidup lagi wei.. :)

  13. diha says:
    December 2, 2010 at 2:11 PM

    uhh .. hate me?

  14. semut lelabah says:
    December 8, 2010 at 12:19 AM

    diha: For sure beb... hahahah