KEBARANGKALIAN

Salam bloggerz..


Ingat tak masa ditingkatan lima ada belajar pasal "kebarangkalian"...

Aku pun sebenarnya dah lupa tentang aspek kebarangkalian ni.

Tapi banyak sebenarnya yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan. haha.. Macam mana? Sekejab.. Fikir 2 saat.

Macam ni ye..

1. Anda duduk mengangur dan tidak bekerja. Duduk sehari suntuk di rumah tanpa membuat apa-apa. Maka "kebarangkalian" anda mati kebulur adalah tinggi.

2. Seorang perempuan menumpang tidur di rumah kawan lelaki beliau dengan alasan tidak dapat tiket bas untuk balik kampung. Maka "kebarangkalian" perempuan tersebut dirogol adalah tinggi.

3. Seorang mat rempit membuat aksi willy dan wikang dengan tanpa bersalah pada tiap-tiap minggu. Setiap kali mat rempit tersebut membuat aksi willy dan wikang tersebut, maka "kebarangkalian" beliau untuk mati eksiden cium belakang lori treller adalah semakin tinggi.

4. Seorang lelaki dan wanita berdua-duaan sedang dating di taman pada waktu Maghrib. Maka "kebarangkalian" wanita tersebut kena raba, atau nafsu meningkat, atau berakhir terkulai di dada lelaki tersebut adalah tinggi. "Kebarangkalian" akan kelahiran seorang anak tanpa nikah juga akan meningkat.

5. Seorang wanita berjalan seorang diri di sebuah lorong yang sunyi dengan beg tangan tersandang. Maka "kebarangkalian" wanita tersebut kena ragut adalah tinggi.

Dapat kan?

Motif disini, setiap yang jadik sebenarnya kita dapat elakkan.

Jangan seratus peratus menyalah kepada takdir atau ketentuan.

Kita ada akal untuk bezakan mana baik dan mana buruk.

Nota kaki:

Ingatan kepada diri sendiri saja.

Kepada sesiapayang sempat komen, sila senaraikan lagi bentuk-bentuk "kebarangkalian" yang berbeza..:)


Read Users' Comments (0)

0 Response to "KEBARANGKALIAN"