TUNGGANG TERBALIK TAHUN 2010

Lagi lebih kurang 10 hari 2010 akan tinggalkan aku, kamu dan beliau. Sekejab saja. Pejam celik tunggang terbalik dah nak tahun baru. Aku rasa tahun 2010 adaah antara banyak-banyak tahun yang paling mencabar sekali dan banyak sungguh perubahan berlaku..


Penulis..

Permulaan tahun 2010 aku bermula dengan aku bekerja di Majalah Masakan THE COOK. Lebih kurang dalam bulan 10/2009 kalau tak salah. Pahit maung pedih berdarah semua ada masa aku kerja kat sana. Lebih kurang 6 bulan aku menyumbang bakti kat Majalah ni.. Orang kata tak baik ungkit-ungkit kan..

Clash

Dalam masa aku tunggang terbalik kerja kat THE COOK, kalau tak salah aku lepas lebih kurang dua bulan lebih sikit aku clash dengan awek aku. Gila masa tue sungguh rasa down sangat-sangat. Yelah, masa tue memang tengah tunggang terbalik dan selain family aku rasa aku perlu seseorang yang aku rasa aku kongsi cerita. Yang ini, bukan setakat pahit maung pedih berdarah, sikit lagi rasa nak baring atas landasan komuter kat Padang Jawa Shah Alam. Hahahah.. Just kidding. Tapi rasa down tue adala dalam dua minggu. Lepas tue, agak normal. Dan sekarang normal tapi sikit terasa lagi. Sibukkan diri dengan kerja, so aku rasa kadang-kadang takdak masa nak fikir. Tapi dalam kadang-kadang tak dak masa, tengah mengadap jammed masa drive, sebelum tidur, berak...ada jugak la teringat.

CINTA HATI KAMU

Tahun 2010 aku start blogging secara agak serius. Mula-mula, blog ni aku buat macam novel online. Sebab itu la url nye: http://cintahatikamu-novelonline.blogspot.com. Masalahnya sekarang novel online tue tertangguh sebab aku jarang pegang laptop untuk menaip. Jadik novel tue dah lama terbengkalai.

Ramai member-member aku cakap blog aku adalah blog jiwang. Aku nak kata setuju tak lah sangat. Tapi nak kata tak setuju tak jugalah sangat.

Aku berblog tentang apa yang aku rasa perlu dan terasa nak tulis.

Dulu masa aku rancak menulis, blog ni ranking alexia pernah cecah bawah 5000 kat Malysia. Kira ok la. Sekarang, hampeh! Aku rasa dah turun ratus ribu agaknya.

Yelah, kalau berblog yang paling penting kena rajin blogwalking. Tapi aku? Jarang sangat dah sekarang. Balik keja tido... Mana la ada orang nak singgah.

Gagal Interview

Tiga kali aku kantoi interview untuk jawatan lecure kat Politeknik. Last aku pegi, lepas calon simpanan. Member aku ada yang pegi sekali je terus lepas. Mungkin belum rezeki.. :(

I'am quit!~

Akhirnya, aku berhenti jugak kerja penulis kat THE COOK. Keputusan yang sangat tepat!

Kerja baru

Dalam pada aku nak berhentikerja kat THE COOK, ada aku sikit-sikit usaha carik kerja lain. Alhamdulillah, sekali je aku pergi interview kat Maxis sebagai Consumer Care Consultant, dapat pulak. Tak pernah terfikir aku kerja macam ni. Perancangan Allah...

Harta baru

Hasil titik peluh kerja kat Maxis, mampu jugak aku memiliki sebuah harta yang aku rasa satu achievement yang sangat besar dalam hidup aku. Alhamdulillah..

Anak buah

Anak buah comel aku Nur Alma Juwairiyah dah boleh jalan. Gila sweeeetttt!!! Sekarang sangat rindu kat dia. Rindu nak baling bola atas kepala dia. Rindu nak bawak dia main kat playground, rindu nak tengok dia angguk kepala. Bila la dia nak boleh panggil aku Alang.... Sekarang reti cakap "baba".. "mama" saja. Tunggu lah aku balik. Siap ko!

Awek baru?

Tiada.. (motif?) hahah..

Kira secara ringkas inilah summary tahun 2o10 aku. Korang macam mana?

Nota kaki:

Takut gila dengan eksiden ngeri kat Simpang Pulai. Akak aku dah pesan bawak keta elok-elok. Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat...


Read Users' Comments (1)comments

1 Response to "TUNGGANG TERBALIK TAHUN 2010"

  1. namia cinta says:
    December 22, 2010 at 8:10 AM

    sesusah mana pun pasti akan dapat lalui nya kan...

    kekadang bila kita khilangan sesuatu kita akan di gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi...

    harap-harap tahun 2011 akan lebih baik