UTAMAKAN KELUARGA..



Salam bloggerz..

Pada masa aku mengupdate blog kali ini, kerinduan pada mak, dan juga family begitu menusuk jiwa. Tambah-tambah kat budak kecik yang kena cium dalam gambar di atas..

Hari-hari makan kat kedai sampai naik muak tak tau nak makan apa, last-last bantai maggie saja. Rindu sungguh nak makan masakan mak.

Pernah terfikir tak, bagi mereka-mereka (termasuk aku), yang merantau jauh ke negeri orang mencari rezeki, berapa kali dalam seminggu kita telefon mak ayah kat kampung bertanya khabar?

Aku? Ada la seminggu sekali....

Status Facebook dan keluarga

Status di Facebook update sejam sekali, pakai Iphone4 tak pun Blackberry Torch, BBM dengan member sampai 4 pagi tapi nak telefon mak kampung bukan main payah?

Kenapa ya? Aku pun pelik juga.Mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan, atau disebabkan oleh kadar pembiakan bakteria jahat dalam perut bertambah secara mendadak?

Itu belum lagi yang masuk kes calling ataupun sms kekasih gelap seminit sekali tue.

Sungguh hampeh.

Buang emak buang saudara.. Kerana kasih hamba turutkan...

Ni peribahasa yang kalau ada member kamu dan kamu semua amalkan, sila hentak kepala beliau ke dinding supaya beliau sedar sikit.

Boleh kata seminggu sekali ada saja kes anak dara kita lari ikut bf, meredah kononnya lautan api mengikut kekasih dambaan hati ke Lambok.

Merepek sungguh!

Bila cinta kuasai diri, maka yang elok nampak buruk, yang buruk nampak baik. Masa terkedepan memang takdak langsung dalam kepala hotak.

Jodoh? Ya jodoh memang ketentuan Allah, tapi kita sebagai hamba-Nya tak kan nak menadah saja tanpa usaha?

Restu

Sungguh kalau nak buat apa-apa restu mak dan ayah sangat-sangat penting. Restu mak dan ayah semacam satu doa. Dan doa para ibu kepada anaknya adalah sangat mudah makbul.

Jadi, sekiranya kamu dan dan juga aku menghadapi sesuatu, contohnya macam inteview kerja ke, jangan lah lupa nak telefon mak dan ayah mintak restu dulu.

Dan lagi, sekiranya kamu ataupun aku mempunyai kekasih hati, silalah maklumkan kepada ibu dan juga ayah.

Sungguh kalau mak dan ayah kamu dan aku tahu, mungkin kalau nak buat benda jahat akan fikir lagi lapan kali..

Kalau mak dan ayah tak setuju dengan kekasih pilihan hati kamu?

Mak aku pernah kata kat aku,"Abang, mak tak suka orang Johor jadik menantu"..

Macam mana dan kenapa?

Sebabnya?

Mak aku ada kawan baik yang anaknya kawen dengan orang Johor. Anaknya itu kira macam kena control, dan nak balik kampung pun susah. Jadi mengambil iktibar dari sebab itu, maka mak aku berikan amaran kepada aku. Tapi, adakah aku kisah?

Sebenarnya, hati orang tua ni lembut. Kalau kena cara kita ambil hati maka lembutlah hati orang tua tersebut.

Jangan gunakan pendekatan berkeras, gunakanlah pendekatan yang berhikmah. Kalau kamu menunjukkan kekerasan hati, maka mereka juga pasti akan berkeras. Tunjukkan kepada mereka bahawa calon pilihan kamu adalah terbaik dan tepat.

Sebenarnya, mak dan ayah kita cuma mahukan yang terbaik untuk kita. Tapi, kadang-kadang pilihan mereka boleh juga jadik salah dan yang paling penting yang nak kawen kamu, bukan mereka.

Sekiranya tak berjaya juga nakambil hati mereka, maka buatlah solat mintak petunjuk dan lebih baik sekiranya ikut sajalah cakap mereka sebab mereka yang bela kita dari kecik, bukan pakwe atau makwe kita (aku tulis macam senang saja. hahaha.....)

Jangan belakangkan keluarga..

Last sekali, apa-apa pun kalau nak buat apa-apa pastikan keluarga kamu tahu. Nak ke disko ke, clubbing ke, merempit ke.. Cuba mintak kebenaran dahulu contohnya macam ni:

"Mak, Ina nak keluar clubbing sampai subuh ye malam ni..."

"Mak, Ali nak buat maksiat dengan girlfriend ye malam nie.."

"Ayah, malam minggu ni Abu nak merempit kat dataran Merdeka ye.."

Aku pasti kalau tapak tangan tak melekat kat pipi, mungkin kaki kanan melekat belakang badan. Lagi, mungkin batang kayu akan dilibas ke belakang badan anda berkali-berkali..

Nota kaki:

Bila nak balik kampung ni! Hadoooii!

Alma, siap ko nanti Alang balik!!! Kenapa ko sangat comel...


Read Users' Comments (2)

2 Response to "UTAMAKAN KELUARGA.."

  1. Anys Amyra says:
    December 16, 2010 at 2:16 AM

    adik ke yg kena cium tu?

    tiap2 hari call mak.kalau sehari dua tak call mesti mak kata senyap je,padahal 2 hari je.hehe.

  2. semut lelabah says:
    December 16, 2010 at 7:03 PM

    bukan adik.. anak buah tue.. comel tak.. haha