MALAM TAHUN BARU: JANGAN JADIK BODOH!

Salam bloggerz.

Lebih kurang 5 hari lagi tahun 2011 akan menampakkan mukanya yang hodoh. Maka ucapan selamat tinggal tinggal harus diucapkan dengan penuh jayanya.

Kepada sesiapa yang ada pengalaman pelik tambah perit tahun 2010, harap-harap 2011 akan lebih perit lagi.. Hahah..

Pecah dara

Kepada muda-mudi, sapa-sapa yang singgah blog aku ini, maka ingatlah jangan memandai-mandai nak pecahkan dara atau teruna pada malam tahun baru nanti. Lebih baik lepak minum kopi kat rumah tengok Astro.

Sungguh bodoh bagi mereka yang hilang dara pada malam tahun baru, dan lagi malang lagi bodoh sekiranya bulan sembilan nanti lahir pulak anak tak berbapak! Jadi sila jangan letak otak atas kepala lutut.

Mat rempit

Kepada Mat Rempit, sila dan silalah merempit dengan jayanya pada malam tersebut. Moga-moga anda semua akan kena tangkap dengan polis sebab malam tersebut memang akan banyak operasi!


Ibu-ibu dan bapak-bapak


Ibu-ibu dan bapak-bapak silalah perhatikan anak-anak remaja anda pada malam tahun baru. Terutama yang anak dara. Kalau boleh kunci pintu mangga letak lapan bijik. Lebih afdal kalau cuti tahun baru buat majlis makan-makan sekeluarga. Nak sangat buat solat hajat ramai-ramai.

Pasangan kekasih

Kepada pasangan kekasih yang berhajat nak buat maksiat pada malam tahun baru, silalah! Maka diharapkan anda akan kena cekup dengan pegawai pencegah maksiat. Lelaki-lelaki yang berani silalah panjat jeriji rumah dan cuba lari. Kalau jatuh mati lagi baek.

Perempuan? Silalah jangan jadik bodoh!@


Balik bercuti


Yang balik bercuti ke kampung sama macam aku, silalah bawak keta dengan berhemah. Comfirm jammed.! Tapi silalah drive dengan hati-hati. Mintak-mintak selamat pergi dan selamatlah balik..


Itu saja. Selamat tahun baru. :)

Nota kaki:

Best gila Malaysia menang 3-0 dengan Indonesia tadi. hahaha

Read Users' Comments (1)comments

1 Response to "MALAM TAHUN BARU: JANGAN JADIK BODOH!"

  1. shuffey.armie says:
    December 27, 2010 at 12:14 AM

    aku tak pernah sambut new year..duk kat umah teman mak lagi bagus :)