CINTA PERTAMA

Kamu dan kamu semua mesti ada pengalaman best cinta pertama. Sama la jugak dengan aku. Cinta pertama aku nak kata manis, tak la manis mana sangat. Nak kata masam tue, aku rasa masam lagi bau ketiak kamu dan kamu semua kalau kamu tak mandi sehari suntuk.

Nak tahu macam mana pengalaman cinta pertama aku? Macam ni...

Pengalaman cinta pertama yang aku rasa betul-betul cinta la kan terjadik masa aku tingkatan tiga.

Masa aku tingkatan tiga, aku sekolah sessi pagi. Dan bebudak tingkatan satu sekolah sessi petang. Aku lupa hari apa tapi setiap sekali seminggu kami akan ada amali solat. Kelas yang amali solat akan keluar ke surau lebih kurang pukul satu. Jadi, bebudak yang sekolah petang akan tumpang sekejab kelas kami sementara waktu persekolahan sessi pagi tamat dan bebudak tue akan kembali balik ke kelas masing-masing yang dikongsi dengan budak sessi pagi.

Bila bebudak tingkatan satu ni nak masuk ke kelas sementara yang ada amali solat, mereka-mereka ini akan beratur cantik. Dan masa aku tingkatan tiga, kelas aku berhadapan sangat dengan laluan bebudak tingkatan satu ni beratur dan berjalan. Kami yang ditingkatan tiga ni memang suka la usha budak-budak tingkatan satu ni beratur dan jalan terkedek-kedek. Tambah-tambah aku ni yang suka sangat usha bebudak perempuan yang comel. Haha..

Dalam banyak-banyak bebudak perempuan yang aku usha, aku sangat suka usha seorang budak perempuan yang sangat comel, tinggi, ada lesung pipit dan gaya macam ala-ala manja. Aku tak tau nama budak ni sapa.

Dan kalau jam mula nak menginjak ke pukul satu, maka aku akan jadik penunggu yang setia la. Haha.. Yang buat aku paling tak lupa tentang beliau adalah beg beliau yang ada lambang bola. Memang aku tak akan lepas mengusha beliau dan setiap kali giliran kelas aku amali solat, aku sangat berharap kalau beliau masuk ke kelas aku. Tapi rasanya tak pernah.

Satu hari, sedang aku syok usha beliau kawan-kawan aku tanya aku, sapa yang aku usaha sampai mata tak kedip-kedip. Aku cakap la budak yang pakai beg ada lambang bola tue. Nak tahu apa jadik lepas tue? Hahah..

Member-member aku bising la.. "Woi! tue adik Fakhrul la!".. Bising satu kelas aku. Malu gila aku masa tue.

Fakhrul tue kawan kelas aku. Haha.. Rupa-rupanya aku usha adik beliau. Aku tak ingat sama ada Fakhrul ni bengang atau tak dengan aku. Tapi aku rasa beliau bengang la sikit.

Lepas aku tahu yang aku usha adik si Fakhrul ni, maka aku ambik la langkah lanjut. Yelah, sebagai kawan sekelas, mesti aku ada no telefon rumah beliau. Maka aku pun mula la ayat si adik Fakhrul ni.

Lupa pulak nak cerita, adik si Fakhrul ni nama beliau adalah NorAtiyah.

Maka selepas kejadian aku malu hari tue, aku pun setiap kali lepas solat maghrib kat masjid akan meluangkan masa sedikit untuk bergayut dengan beliau. Kumpul syiling tue. Ye lah, mana la aku ada handphone lagi masa tue.

Agak lebih kurang sebulan dua la aku ayat Atiyah ni. Dan akhirnya beliau sangkut dengan aku. Macam mana beliau boleh sangkut, aku pun agak tak pasti.

Maka mulalah hubungan cinta ala-ala beruk antara aku dan Atiyah ni.

Tak silap aku hubungan aku dengan Atiyah ni mula masa aku tingkatan empat. Masa ni beliau dah masuk tingkatan dua.

Kami tak pernah dating. Serius tak pernah. Hubungan aku dengan Atiyah ni haya limited kepada hubungan melalui telefon dan satu lagi adalah melalui nota.

Nota? Macam mana? Macam ni...

Setiap kali waktu perhimpunan, ada masanya aku kena ronda satu sekolah untuk pastikan takdak bebudak yang ponteng perhimpunan. Aku dengan jayanya menyalahgunakan tugasan tue dengan naik ke tingkat tiga sekolah aku, sebab tingkat tiga ni adalah kelas kebanyakan bebudak tingkatan tiga. Aku dan sorang lagi member baik pengawas, Syafiq nama beliau akan naik lepas meronda, dan beliau akan tunggu di luar, sementara aku aku akan masuk kelas Atiyah ni dan akan selitkan nota-nota cinta ayat bunga kat meja beliau.

Dua tiga bulan lepas, pecah satu rahsia yang rupanya aku salah selit kat meja orang lain. Hahah... Meja kawan baik beliau. Malu lagi....

Hubungan aku dan Atiyah ni tak tahan lama. Maklumlah, beliau ni kira antara awek paling cun kat sekolah aku. Jadik beliau memang ramai peminat dikalangan senior-senior. Tambah malang lagi, ada seorang budak kelas aku yang pedajal aku. Macam mana beliau pedajal? Tak payah la cerita. Tapi rahsia beliau pedajal aku kantoi bila member beliau yang sama-sama join jugak untuk pedajal aku pecah rahsia ni kepada aku.

Hubungan aku dan Atiyah ni aku rasa ada la bertahan lima atau enam bulan. Dan kemudian putus.

Aku terus putus hubungan jugak dengan beliau masa beliau naik tingkatan tiga, dan beliau pindah sekolah. Beliau duduk dengan kakak beliau kat Bandar Tasik Selatan.

Aku lupa dah bila kali terakhir aku jumpa beliau.

Beliau sekarang kalau tak silap aku dah tahun akhir course farmasi kat MAHSA College. Kalau tak silap aku la..

Dan aku rasa beliau sekarang mesti sudah makin cantik. Haha..

Nota kaki:

Jiwang sikit saja.. haha

Kamu dan kamu semua mesti ada pengalaman best jugak pasal cintan-cintan nie.. Kongsi di komen ok.. :)




Read Users' Comments (21)

21 Response to "CINTA PERTAMA"

  1. cik shabah says:
    August 12, 2010 at 9:32 PM

    cinta pertama memg indah kan?

    *cis,walhal cik shabah tak perna rasa lg.yoyo'o je!ha3

  2. Cik Bucken says:
    August 12, 2010 at 9:47 PM

    kehkeh..
    mengusha takhengattt yek =P
    jiwang pon takhengaatt jugek skang ni..=P
    uhuhu.
    aku doakan kau bahagie kali ni
    tadaaa~
    ^_^
    slmt pose2

  3. sarah shafie says:
    August 12, 2010 at 9:48 PM

    cinta prtama mse form 5...huhu..tp cinta yg skrg pling indah..huhuhu..

  4. misyamissyou says:
    August 12, 2010 at 9:54 PM

    wah..best ah..tp knpe putus..nape tak ajak dating..ishh..
    hmm, cinta pertama br je putus..so mls nak ingt..

  5. cik panadol says:
    August 12, 2010 at 11:21 PM

    haha....jiwang budak2 sekolah...tp yg penting, trick ko ngorat awek tu time tu dah tak leh digunapakai untuk awek2 zaman sekarang ok!

    nice story bro....

  6. cik panadol says:
    August 12, 2010 at 11:22 PM

    haha....jiwang budak2 sekolah...tp yg penting, trick ko ngorat awek tu time tu dah tak leh digunapakai untuk awek2 zaman sekarang ok!

    nice story bro....

  7. CikLilyPutih says:
    August 12, 2010 at 11:37 PM

    cinta pertama memang susah nak dilupakan...

  8. SiHatiMerah says:
    August 13, 2010 at 1:14 AM

    Ngeh3~nice,nice..
    Pengalaman aku plak..masa 2 lepasan spm bru lah aku kenal erti chentaa pertama.tp bkn kt cni kot aku cerita,im shy2 lah~hahaha..

  9. Hapiz Rahman says:
    August 13, 2010 at 2:17 AM

    cik shabah: tak la indah sangat.. serius cik shabah ko belum cintan? ko betul2 suci.. haha

    bucken: mana ada jiwang. aku cool je. sekali sekala entri camnie.. :)

    sarah: moga cepat2 kawen..

    misya: putus sebab masing2 tak matang lagi. bagus jugak.. bila ingt merepek ke..

    bagus jugak tak dating.. :)

    cik penadol: bolrh pakai lagi kot.. hahaha

    lily: aku dah hampir lupa kot..

    sihatimerah: cerita je lah. hahah

  10. LiFe KaMi says:
    August 13, 2010 at 9:10 AM

    kami selalu gak usha2 blog ko tapi tgk tak update jer so da lama tk jenguk, da tukar template yer, simple dan smart.. geli ketiak dgr citer ko, klakar.. kalau le ko jmpa blk bdak pmpn beg bola tu, mesti lagi cair ,slalunya makin besar mkin cun bedasar ape yg kami tgk..hehe

  11. Lizzie Yasmin says:
    August 13, 2010 at 10:24 AM

    tak pernah pun bercinta zaman school.. coz huduh waktu tue n ramai org x suke coz garang sama.. 1st love pun umur 20 denga ex classmate waktu school jgk.. hahaha..
    tahan 3 thn tapi jrg jmpa.. n kurang serasi..

  12. switsmile says:
    August 13, 2010 at 10:22 PM

    hehehehe...cinta moyet masa skolah form 4...org kata 1st love susah lupa...tapi eden...senang ajo...sebab eden rasa time tu suka sebab dia tu nampak baik...hehehehe..jayatnya

  13. Ummi says:
    August 13, 2010 at 11:06 PM

    kisah cinta pertama ummi pun masa zaman sekolah...wah lebih kurang sama la cerita hapiz ngan nostalgia ummi tapi cinta pertama ummi tu sampai gak ke jinjang pelamin....dah ada 3 lagi cahaya mata.....mmg syok tau first love ni...cinta monyet ummi belanjutan sampailah sekarang..siapa cakap cinta monyet tak leh kekalkan...

  14. Hapiz Rahman says:
    August 14, 2010 at 2:00 AM

    life kami: kak, tak cair kot. takdak perasaaan dah.. haha

    lizzie: xpa carik len.. biasalah bila umur meningkat mesti da pandai dress up, make up suma kan. :) so tranformasi la..

    switsmile: form 4? hehe.. bule tahan jugak ya..

    ummi: satu patah perkataan saja: respek!!!!

  15. QueenImah says:
    August 14, 2010 at 5:21 AM

    hehehe....
    jiwang ler..
    kisah yg agak sama..
    cuma tempat yg beza..huhuh

    biar lah tinggal kenangan..
    ^_^

  16. switsmile says:
    August 14, 2010 at 11:14 AM

    hapiz...kita share cita cinta monyet kat blog kita...leh la hafiz baca...kita wat pon lepas baca hapiz nyer lah...hehehehehe syok gak bila baca..tapi kita punya tak trill lah...tak best pon

  17. DgurLinReD says:
    August 14, 2010 at 9:42 PM

    oooooooooo... okeh!! he he he..

    my new url:

    http://aszdgurlinred.blogspot.com

  18. My Qs.... says:
    August 15, 2010 at 8:46 PM

    kecik..waa.bestnye ko..makin lama makin tajam pemikiran dan rasional...weh biku masakakn melako ada kat akak lagi nih....bila laa nk kasi kat ko....

  19. Hapiz Rahman says:
    August 16, 2010 at 2:06 AM

    queen imah: ye ke? share la.. :)

    switsmile: dah.. dah baca pun.. :) best hapa..

    dgurlred: ok akan dicheck nanti!

    myQs: akak nak p umah akak bukak posa..

  20. Anonymous Says:
    August 27, 2010 at 11:38 PM

    wahh.. heheheee
    i noe whoz dis..hhuhuh

  21. Anonymous Says:
    October 28, 2010 at 10:07 PM

    Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.