PERASAN BAGUS

Salam Ramadan

Hari ni aku cuti. Jadik aku dengan senang hati boleh update blog dan jugak blogwalking malam nanti.

Serius kadang-kadang aku sangat tertekan dengan manusia yang perasan dirinya cukup bagus. Walhal, kalau diikutkan tunggang terbalik sama jugak dengan manusia-manusia lain. Entah-entah lagi teruk.

Contoh:

Ahli politik

"Saya berjanji kepada tuan-tuan dan puan-puan, jika memilih saya pada pilihanraya kali ini, maka saya akan membawa satu reformasi kepada kehidupan tuan-tuan dan puan-puan. Pembangunan akan kita jalankan, kita akan tolong yang miskin, kita akan buat itu, kita akan buat ini..... dan bla.. bla.. bla.. bla.."

Padahal lepas habis pilihanraya, perut wakil rakyat saja makin buncit. Yang depa tahu, buat kecoh kat dan negeri, bergaduh kat dewan rakyat, dan bergaduh dengan yang membangkang.

Ada ka patut?

Majlis Perwakilan Pelajar

Selepas perhimpunan perwakilan pelajar seluruh Malaysia tempoh hari (aku tak ingat hari apa), semua mereka-mereka ini menyatakan persetujuan untuk membenarkan pelajar berpolitik, tapi di luar kampus.

Punya la hampeh, penat-penat berjumpa ramai-ramai, ini yang depa fikirkan? Hmmm...

Aku memang dari dulu (sejak zaman aku belajar) merasakan bahawa MPP ni macam takdak peranan. Sebab aku rasa kalau takdak pun, memang takdak kesan langsung.

.........................

Kalau diikutkan, perasan bagus memang boleh bikin bebai. Bayangkanlah, kamu sedang sedap-sedap beristirehat, tiba-tiba saja kena sound. Contoh:

Tidur di bulan Puasa

Kamu cuti hari ini. Sepanjang minggu kerja-kerja dan kerja. Sedang sedap kamu tidur sekejab, kena plak sound dengan member sebab tidur bulan puasa. Walhal member tersebut pun baru saja bangun tidur (awal dua jam daripada kamu).

Macam mana?

............................

Kadang-kadang, orang yang perasan bagus jugak memang kalau cakap tak nak kalah. Padahal memang tentu-tentu sudah memang beliau yang salah. Contoh:

Kamu: Burung memang ada dua kaki kan?

Perasan bagus: Eh, bukan-bukan, burung ada lapan kaki. Lapan la..

Kamu: ???

............................

Dan, orang yang perasan bagus juga suka meninggi diri. Contoh:

Kamu: Macam mana interview tue? Lepas tak?

Perasan bagus: Aku malas lah. Sebab dia offer kecik sangat 3000. Ada company lain offer aku 5000.

Kamu: ???

...........................

Orang yang perasan bagus selalunya merasakan diri mereka adalah sempurna dan lebih baik daripada orang lain. Tapi sebenarnya mereka sama sahaja dengan orang lain. Atau mungkin lagi teruk. Contoh macam MPP dan jugak wakil rakyat yang aku sebutkan tadi.

..........................

Orang yang perasan bagus biasanya menjadi bahan umpatan kawan-kawan yang lain. Dan biasanya, walaupun beliau merasakan diri beliau cool, akan tetapi beliau kelihatan bodoh di mata orang lain.

Seriusly

.........................

Moral

Lebih baik merendah diri ibarat kata pepatah:

"Ikutah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi"..


Nota kaki:

Kadang-kadang aku jugak jenis yang perasan bagus. Selalu saja nak betul...

Sama-sama berubah untuk jadik yang lebih baik...






Read Users' Comments (9)

9 Response to "PERASAN BAGUS"

  1. farah ain says:
    August 17, 2010 at 9:00 PM

    memang bengang gak if ade member y perasan bagus..semua yang kite wat tak kene di mata die..macam bagus!!!

  2. Cik Bucken says:
    August 17, 2010 at 9:41 PM

    adeh..bangsa perasan bagus ni mmg ade merate2..huhu..sesaba je lah..
    -_-"

  3. cik shabah says:
    August 17, 2010 at 10:55 PM

    msa blaja dulu,rumate cik shabah sgt100x perasan bagus!awal2 sem cik shabah tahan lagi,tapi ble dah last sem,cik shabah tak pkir ape dah teruih bantai rumate cik shabah tu smpai mentekedarah!ha3,sabar kita ni kengkadang de batas gak kan?tak gitu incik hapiz?he3 =)

  4. LiFe KaMi says:
    August 18, 2010 at 3:35 AM

    ahli politik sampai jd buncit yer..hehe.. sentiasa rendah diri lg bgus org tak mengata, org perasan bgus ni poyo jer lebih tp habuk pun takde..

  5. juma says:
    August 18, 2010 at 11:04 PM

    selalu lau perasan bagus nih mungkin sbb dy terover yakin diri..aku ader gak terperasan bagus.haha.tapi bukan makna nak berbangga cuma untuk kelihatan tak takut2 terutama masa nak presentation..kene ar wat2 bagus n wat2 berani.ngeh2

  6. miss lolly a.k.a luvfareda says:
    August 22, 2010 at 3:54 PM

    xsuke kan org perasan bagus. bengkak je dgr ^^

  7. Ninja Biker says:
    August 29, 2010 at 12:19 AM

    berperasaan bagus sebab nak menyorokkan banyak yang tak bagus pd diri sendiri

    follow blog awak

    jemput follow blog saya eh :)

    http://ninjabiker.blogspot.com

  8. DgurLinReD says:
    August 29, 2010 at 11:28 PM

    remind me of what my exbos said

    "MANUSIA NI INDAH!! SBB TU ADA MCM2 PERANGAI".

    ada award utk anda!! singgah ambik yer encik hapiz!!

  9. cik shabah says:
    September 7, 2010 at 2:23 PM

    cik shabah dtg jenguk hapiz kat sini!!! =)