Cerita Hati

ESalam bloggerz.. Lama sungguh tak update..

Ini adalah posting pertama aku dari mobile. Punyalah payable nak menaip..Lenguh plak tue. Harapnya lepas no aku lebih gigih mengupdate.

Dulu masa aku penulis sepenuh masa raking benor aku update. . Sekarang? Hampeh.. Kerja aku sekarang memang tak izinkan aku online selalu.. Hmm..o

Kenapa tajuk posting aku buat julung-julung makings adalah sangat mual anak tekak?
Macam ni beb..

Aku tak tahu la kenapa sejak dua tiga menjak ni aku agak rasa kosong. Rasa bosan macam nak bunuh orang.

Penah sekali tue, member dan aku gedik sangat nak tengok cerita khurafat, pergilah tengok kat wayang. Sekali aku rasa bosan sangat, bapak tak best sampai aku bantai gelak setiap kali ada hantu keluar dalam cerita tue.
Spoiled mood couple nak romen peluk-peluk (takutla konon).

Dan, dua tiga hari lepas, aku punyalah bosan sampai dengan tak sengaja aku tengking balik customer yang tengking aku. Gila bahaya tue boleh kena buang kerja kalau silap haribulan. Bahayerrr..

Ada satu malam tue lebih kurang minggu lepas dalam pukul 3 pagi, punyalah rasa busan tahap gaban aku dengan selamba pergi hantar kereta kasi cuci. Pukul 3 pagi beb.. Gila bosan. Hahaha..

Patutlah ada orang bioleh jadik gila sebab bosan. Sekarang baru aku tahu.

Ada yang bosan sangat hidup sampai siap bunuh diri. Itu memang abis bosan tahap karma. Hidup ni pendek, kalau bunuh diri sekalipun, bosan jugak nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang.

Ok, berbalik kepada aku. Apa sebab aku bosan?

Aku sedar satu perkara yang jelas adalah oleh kerana kerja yang seumpama satu jadual tetap macam makan,tidur, berak buatkan aku jadik bosan. Macam ni; kerja, balik, tido. Tak keluar jalan-jalan, tak joging ke.. Dan jadual kerja macamitu jugak buatkan diri makin jauh satu Allah.

Kerja tak salah, cuma aku yang salah sebab tak pandai bahagi masa.

Kedua aku rasa mungkin dah sampai seru untuk aku Cuba fikir pasal satu fasa sikit berbeza dalam hidup. Aku patut cuba usaha cari sorang bakal suri kot.. Geli siut bila fikir balik. Tapi itulah kenyataan. Nak tak nak memang itulah. Umur dah 25. Tahap kalau Sekali bagi je confirm lekat jadik budak. Faham tak? Hahaha.. Tapi masalahnya nak mencarik la. Susah oooo..

Macam mana?
Sampai sekarang aku masih lagi bosan memikir, kenapala tajuk posting aku ni "cerita hati". Bapak jiwang!

Nota kaki:

Apa korang buat kalau bosan ha?

Read Users' Comments (1)comments

1 Response to "Cerita Hati"

  1. .ShazaSulaiman. says:
    February 5, 2011 at 7:39 PM

    ya memg bosan klo idup mcm da ada jadual yg kene ikut mcm kat sek. ren dolu2.*sigh

    y not fill up ur weekend dgn aktiviti2 yg adventure??sgt berbaloi.;D

    keje memg bosan pagi dtg ptg balik.penh rase waktu praktikal.n rase mcm xnk kejeeee!!n nk enjoy as a student puas2x!haha

    ya memg sush nk cari psgn idup.apa kata jgn risau jgn woory be gembira n minx petunjuk kat Dia. kan Dia sentiasa ada utk kita?:)

    till then.salm.