Cinta Hati Kamu: Sambungan Bahagian 2: Satu Pertemuan


Aku mempercepatkan langkah menelusuri tangga untuk ke tren yang agak tidak lama lagi akan bergerak. Sebarang bentuk kelewatan tidak akan dimaafkan kerana tren akan bertolak tepat pada masanya.

Stesen Komuter Tanjung Malim kelihatan lengang. Ketika aku melangkahkan kaki ke dalam tren, cuma ada lebih kurang sepuluh orang sahaja yang sedang duduk. Beginilah kebiasaannya. Namun, apabila sampai ke Stesen Pertukaran Rawang maka bersiap sedialah wahai kaki untuk berdiri. Kadangkala sampai ke stesen KL Sentral terpaksa menahan lenguh dek kerana berdiri dalam kesesakan manusia yang penuh mengisi perut tren. Persis seperti ikan sardin di dalam tin.

Tempat duduk di dalam tren masih banyak lagi yang kosong. Aku memilih tempat duduk di sebelah kanan, barisan kedua dari belakang dan di tepi tingkap. Beg aku letakkan di sebelah tempat dudukku kerana aku merasakan tidak akan ada ramai orang walaupun tren akan melalui beberapa stesen sebelum sampai ke Stesen Komuter Rawang.

Aku melihat keluar cermin, Along dan Nur Aisya sudah tiada. Nur Aisya meragam pula. Mungkin mengantuk, atau mungkin belum mahu berpisah denganku. Along cuma menghantar teks pesanan ringkas yang baru sekejab tadi aku terima, menyuruh aku supaya menelefon kembali setelah sampai di Shah Alam.

Tepat jam 3.45 petang, tren mula bergerak, membawa bersama diri seorang aku yang masih jauh perjalanannya di dunia, dan tentunya yang masih jauh perjalanannya untuk ke akhirat. Tren ini akan melalui empat stesen iaitu Stesen Kuala Kubu Bharu, Stesen Rasa, Stesen Batang Kali, dan juga Stesen Serendah sebelum sampai ke Stesen Pertukaran Rawang. Apabila sampai di Stesen Rawang, aku harus pula bertukar tren untuk ke Stesen Kuala Lumpur Sentral. Tren daripada Rawang pula akan melalui Stesen Kuang, Stesen Sungai Buloh, Stesen Kepong Sentral, Stesen Kepong, Stesen Segambut, Stesen Pertukaran Putra, Stesen Bank Negara, Stesen Pertukaran Kuala Lumpur, sebelum sampai ke Stesen Kuala Lumpur Sentral. Dari Stesen Kuala Lumpur Sentral pula, aku akan bertukar tren sekali lagi untuk ke Shah Alam. Sebelum sampai ke Shah Alam, tren akan melalui Stesen Angkasapuri, Stesen Pantai Dalam, Stesen Petaling, Stesen Jalan Templer, Stesen Kg. Datuk Harun, Stesen Seri Setia, Stesen Setia Jaya, Stesen Subang Jaya, dan Stesen Batu Tiga. Kemudian barulah sampai ke Shah Alam, Bandaraya Anggerik. Jika di kira, dari Tanjung Malim aku harus melalui 22 stesen komuter yang berbeza sebelum sampai ke Shah Alam. Perjalanan dari Tanjung Malim ke Shah Alam dengan menaiki tren sebenarnya mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Itupun jika tren tidak membuat hal. Kadang-kadang (jarang-jarang sekali berlaku) tren akan bergerak secara perlahan-lahan sebelum berhenti selama lebih kurang 10 minit di atas landasan, kemudian barulah mula bergerak kembali.

Aku menutup kembali pamplet “Peta Perjalanan Tren” yang sempat aku ambil semasa membeli tiket tadi. Sungguh, sebenarnya perjalanan aku masih lagi jauh.

Mataku menelurusi terus pemandangan di luar melalui cermin tren. Agak redup dan menyenangkan mata. Melalui tingkap, dapat aku lihat langit biru yang diliputi awan putih kumulus ()yang agak tebal berbentuk seakan-akan seperti rama-rama. Awan putih kumulus berbentuk rama-rama itu menutup seketika pancaran matahari, membuatkan keadaan sekitar menjadi agak redup. Aku begitu terbuai dengan pemandangan indah itu.

Kira-kira 1.5 kilometer selepas melepasi Stesen Rasa, terdapat sederet rumah papan yang tersusun comel. Jelas dapat aku lihat, dalam langkau masa kira-kira lima saat, empat orang kanak-kanak dalam lingkungan usia tujuh ke sepuluh tahun girang bermain layang-layang. Layang-layang kanak-kanak itu terbang agak tinggi, mungkin setinggi impian yang digalas dibahu mereka. Daripada empat layang-layang yang dimainkan, satu daripadanya terbang gelong. Tidak tetap pada kedudukan. Mungkin teraju layang-layang itu tidak sama panjangnya. Jadi, layang-layang itu tidak dapat terbang dengan sempurna. Aku tidak tahu apa yang terjadi kepada layang-layang dan kanak-kanak itu kerana tren terus meluncur laju menuju ke Stesen Batang Kali.

Melepasi Stesen Batang Kali, awan kumulus putih berbentuk rama-rama yang melindungi cahaya matahari tadi telah hilang. Terik matahari mula menyilaukan pandangan mataku. Aku menurunkan pelindung yang terdapat di tepi cermin tren dan kemudian menyandar pada kerusi dengan lebih kemas.

Tadi semasa makan tengahari bersama Along, ada aku khabarkan kepadanya bahawa masa kini kurasakan semakin singkat dan aku seakan tidak terkejar dek beban tugas dan juga sarjana. Along hanya tersenyum. Tidak berkata apa-apa. Seminit kemudian, baru membuka mulut, berkata tentang satu perkara yang buat aku bingung dan terfikir.

“Abang kahwin sajalah. Ada calon?”

Aku senyum kelat. Memandang Nur Aisya yang tak habis-habis bermain dengan anak patung Spongebob kecil yang baru aku belikan sebentar tadi.

“Bergurau ke?” Sepatutnya aku menjawab, namun kembali bermain kata dan psikologi cuba menelah apa dalam fikiran Along.

Along tidak menjawab. Juga bermain teka-teki. Senyum sinis pula memandang aku. Aku tunduk, Kembali khusyuk untuk menghabiskan baki nasi ayam. Titik. Sampai situ sahaja.

Bersambung……………………..

Read Users' Comments (7)

Sampai Seru: Kawen juge Nora Danish dengan aku.. Haha




"Aku sudah sangap nak kawen.. Sampai tahap air meleleh keluar ikut telinga. Hahaha... Tup-tup pada suatu petang yang damai, tetiba saja ada satu rombongan meminang datang ke rumah dengan sireh pinang segala bagai. Aku ingat rombongan tue datang jual pinang dan jugak sireh, rupa-rupanya datang nak meminang, bukan datang nak pinang akak aku, tapi datang nak meminang aku? Haha? Aku lelaki LOL!"

Dan rupa-rupanya, rombongan itu adalah rombongan Nora Danish.. LOL!

Korang percaya cerita tue? Kalau korang percaya, korang adalah sangat sengal, dan perlu lebih hati-hati supaya korang tak kena tipu dengan syarikat MLM, Along, Pak Man Telo, dan lain-lain. Haha.. Aku kencing korang saja! Haha!

Saja entri kali ni aku nak menyemak sikit cerita pasal sampai seru nak kawen.

Apakah sampai seru nak kawen? Sampai seru nak kawen kalau ikut pemahaman aku yang sengal ini adalah apabila kita rasa dalam hati bahawa kita memerlukan seseorang dalam hidup untuk berkongsi kasih, berkongsi sayang, berkongsi bantal, berkongsi tilam dan seangkatan dengannya. Pendek kata, sudah tiba lah masanya untuk kita menyalurkan apa saja yang selama ni kita salurkan dengan cara yang salah, kepada cara yang betul. Haha!

Bila dah ada perasaan tue, maknanya kenalah masuk meminang (kalau dah ada couple), carik calon kat Facebook, atau suh saja mak korang carik. Jika tidak, korang akan mengalami masalah jiwa kacau dan mungkin akan separuh mereng! Haha!

Perasaan sampai seru ni aku rasa subjektif. Mungkin setiap orang merasakannya dengan cara yang berbeza. Mungkin ada yang:

a. Guling-guling atas tilam
b. Panjat pokok mempelam
c. Buat-buat rajin siram pokok bunga kat depan rumah
d. Rasa jiwa kosong
e. Sangap a.k.a gersang! Hahaah!

Aku tak pernah rasa perasaan ni. So aku kurang la pasti sangat. Tapi, ikut pengamatan dan juga cerita member-member, biasanya la kan perasaan "jiwa kosong" adalah tanda-tanda seru untuk kawen adalah sudah sampai! Betul ke tak? Korang yang rasa korang tau la! Haha..

Bagi aku sampai seru ni memang tanda-tanda yang kita perlu ada seseorang dalam hidup untuk dijadikan teman yang sah, tapi yang tak bestnya, sampai seru sampai pada timing yang tak betul. Antaranya:

a. Masa tak dak duit
b. Masa hutang keliling pinggang
c. Masa tak dak calon
d. Masa baru clash
e. Masa tengah belajar

Bila timing tak betul, ni yang masalah. Cuma tahap kesabaran dan iman sajalah benteng kukuh..

Soalan member:

Adakah hangat bercinta itu adalah perasaan sampai seru nak kawin?

Jawapan aku:

Tak, itu saja je korang gatai dan gedik. Hahaha!

Soalan budak sekolah:

Saya berumur 14 tahun, baru datang haid pertama dan ada seorang couple. Saya rasa sudah sampai seru untuk saya kawin. Betul ke tak?

Jawapan aku:

Meh aku tampar ko laju-laju. Itu bukan seru. Tapi adalah perasaan biasa orang baru cukup umur. Jangan jadik bodoh dan belajar betul-betul supaya dapat tolong family.

Soalan anak gadis yang couple dengan PATI:

Saya baru berumur 18 tahun dan teman lelaki saya seorang PATI dari Lambok, Indonesia. Teman lelaki saya, Suparjo mengajak saya untuk lari ke Lambok kerana katanya sudah sampai seru untuk dia dan saya kawin. Pendapat anda?

Jawapan aku:

Sebelum ko lari ke Lambok sama-sama dia, baik ko fikir beberapa perkara utama:

a. Keluarga
b. Corak kehidupan kat sana
c. Adakah sampai mampos ko nak duduk kat sana?

Cuba lenyapkan dulu perasaan cinta tue, then baru buat keputusan.

Soalan biasa:

Saya anak dara, couple dengan seorang lelaki berumur dan ada isteri dan 5 anak. Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya kawin. Bagaimana?

Jawapan aku:

Kalaulah lelaki itu ikhlas untuk kawin dan mengambil ko jadik isteri kedua, ketiga atau keempat, maka dia akan buat dengan cara yang betul iaitu:

a. Bersemuka dengan isteri atau isteri-isteri dia
b. Isteri dia bersetuju (ini tandanya dia adalah lelaki yang baik)
c. Dia berjumpa dengan keluarga ko dan terangkan hal sebenar
d. Dia tidak bersembunyi-sembunyi atau mengajak ko kawin di Siam

Sampai seru ni adalah perasaan subjektif. Akan tetapilah, aku selalu berharap kalau sudah ada teman di hati, atau teman istimewa, maka cepat-cepatlah kawin. Dapat pahala wooo..

Korang ada pengalaman pasal sampi seru ni? Jangan segan untuk share di komen ye.

p/s: Aku menggunakan istilah kawin. Tapi istilah yang lebih tepat adalah nikah..





Read Users' Comments (34)

Masa Mati

Intenet sangat slow hari ini dan juga akan slow jugak esok.. Sementara duk tersengguk-sengguk tunggu loading blog korang semua, aku terfikir kejab tentang satu perkara.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ashr, ayat 1 - 4 :-

Maksudnya :

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula perpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Hari ni hari ni telah Jumaat. Pejam celik, pejam celik sahaja minggu ni akan berlalu macam minggu-minggu sudah.

Cepat gila masa berlalu. Tak terasa langsung. Siyesly la.. Atau mungkin jugak kot aku yang leka atau buat-buat lupa?

Rasanya, kalau ajal datang kemudian aku ke mana?

Firman Allah S.W.T surah An-Nahl ayat 114 :-

Maksudnya :

Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahnya semata-mata..

Nota kaki untuk sedarkan diri sendiri saja..


Read Users' Comments (3)

Survey: Jantan macam Dato' K kah?


Kepada para bloggers wanita (bukan maknyah atau yang berlagak pompuan) diluar sana. Aku sedang melakukan survey untuk mengetahui bagaimanakah dan kriteria lelaki yang kamu sukai. Dan entri saya yang seterusnya, jika survey adalah mencukupi akan berdasarkan jawapan dari kamu semua. Hahaha.. Sila jawab dengan ikhlas.. Jawapan dan kerjasama anda amat aku hargai dan aku dahulukan dengan ucapan terima kasih (hahaha skema sungguh amik hati la kunun). Lelaki jugak diizinkan untuk menyampuk, tapi jangan la jawab survey sebab survey hanya untuk wanita (kecuali jika anda punyai dua kemaluan.. hahah)

Soalan 1: Umur anda

a. Bawah 18
b Atas 18-30
c 30 ke atas
d. Rahsia

Soalan 2: Sudah berpunya? (jika jawapan anda "tidak", terus ke soalan no 5)

a. Ya
b. Tidak
c. Its Complicated
d. Tiada kena mengena

Soalan 3: Kenapa pilih dia?
a. Dia baik
b. Dia kacak
c. Dia kaya
d. Aku pun tak tau agaknya dia bomohkan aku.. hahaha

Soalan 4: Adakah family korang (mak bapak) tahu korang couple?
a. Tahu
b. Tidak
c. Buat-buat tak tahu
d. Adik or akak or abang aku je tahu

Soalan 5: Berapa jarak umur yang korang rasa sesuai untuk pasangan korang
a. Kurang 5
b Lebih 5
c. Kurang sepuluh
d. Macam Dato' K dengan Dato' Siti pun takpa

Soalan 6: Target umur kahwin?
a. 18 - 25
b 25- 27
c. 27-29
d. 30 ke atas

Soalan 7: Pandangan korang tentang laki berusia
a. ok matang
b. KO sebab ayat power.. haha
c. Kalau bujang tak mengapa
d. Ahh, sangat romantik.. hahaha...

Soalan 8: Pandangan korang tentang laki berusia gatai nak carik bini no.2
a. Tenyeh dengan miang buluh
b. Tetak parang
c. Oklah kalau diorang baik dan bertanggungjawab
d. Kesian bini dia dan anak-anak dia

Soalan 9: Apa pandangan korang tentang cinta-cinta?
a. Best
b. Menyusahkan
c. Bosan
d. Saja suka-suka

Soalan 10: Adakah peribahasa kata bidalan a.k.a pantun "buang emak buang saudara, kerna kasih hamba turutkan" masih relevan?
a. Relevan
b. Tidak relevan
c. Tengok keadaan
d. Jodoh nak suh mak carikan so malas fikir..

Ok? Kalau korang semua rasa best nak jawab, sila jawab dengan kemukakan jawapan sahaja. IKut turutan ok.

Aku melindungi privasi korang, komen anonymous aku benarkan..

Sapa-sapa yang nak buat entri berdasarkan soalan ni pun bole.. tapi pastikan ade link supaya aku bole kesan korang balik.. hahah..






Read Users' Comments (28)

Perasan Pandai: Konon Tip la.. hahah (tajuk entri telah diedit.. hahaha

Aku baru saja start blogwalking dalam dua minggu lepas. Dan selepas aku blogwalking, aku ada rasa satu perasaan yang agak tak best bila blogwalking. It just my personal opinion. Sesiapa pun boleh bagi pendapat kan? (Entri sebenarnya takde kene mengena langsung dengan isi kandungan.. hahahaha... Kepada otai En. Ben, mintak maaf sangat-sangat saje je petik nama.. Rasanya beliau tak akan singgah punya blog aku.. Hahah..)


1. Tulisan kecik atau terlalu besar
Adus, aku sangat tak suka kalau jumpa blog yang tulisannya kecik je.. Payah dowh nak baca. Kalau besar pun macam agak rimas sikit.

2. Komen
Aku sangat rasa tak best bila susah nak bagi komen. Aku ni jenis yang suka mengomen.. Kena ada word verification la, itu lah, ini lah.. Adus, melambatkan masa bagi seorang blogger tegar yang kuat berjalan macam aku ni ha..

3. Lambat loading
Ni lagi satu. Kalau widget banyak sangat blog macam lambat sangat nak loading. Tensen sebab aku punya tahap kelajuan intenet agak hampes..

4. Owner blog dengan pakwe/makwe
Aku tak tau kenapa kalau aku jumpa blog, then kalau ada gambar peluk-peluk sama laki pompuan ke (bukan muhrim), gambar pakwe ataupun makwe ke, aku akan jadik malas nak baca. Entah aku tak tau kenapa.. Adakah aku salah?

5. Lagi komen
Aku tak suka kalau aku klik komen, keluar pop up widgeo kecik tue.. Lambatkan masa 0.333 saat untuk pangkah..

6. Entri bola
Sekarang musim bola. Semua orang ataupun orang-orang borak pasal bola. Adus bosan la. Walaupun aku tiap-tiap hari tengok bola sampai insomnia dan lambat pegi interview, bosan la kalau ayik updated benda yang sama. Nak cerita yang best sikit.

7. Gosip Artis
Ni lagi satu aku malas sangat-sangat la nak baca. Entah lah, cukup-cukuplah nonsense macam-macam dalam majalah UPTV, Mempelam Muda, Meriah Hiburan.. hahaha..

Itu saja setakat ni. Hanya pandangan peribadi yang aku rasa nak kongsi. Ok aku nak tanya korang, bila korang singgah page aku, adakah korang rasa tak best? Jawab dengan ikhlas ok.. :)

a. Ya
b. Tidak
c. 50/50

Tinggal jawapan kat komen kalau rajin.. :)

Read Users' Comments (25)