Bunuh Orang Sebab?

Pernah rasa sangat panas hati?


Rasa nak jerit kuat-kuat biar semua orang dengar?

Nak hempuk kepala ke dinding?

Nak pukul orang?

Nak berak laju-laju? (apa kena mengena dengan marah?)

Kadang-kadang, perkara yang kecik je boleh buat kita rasa bengang. Macam aku, ada beberapa perkara kecik yang bila jadik, memang aku rasa sangat agin, dan kalau perkara ni jadik tiap-tiap hari, mungkin boleh buat aku mati awal sebab sakit jantung. Haha..

Check It Out!

Laptop Rosak
Memang sangat tak boleh blah kalau laptop rosak. Pernah dua kali rosak teruk masa aku kerja sebagai penulis. Memang apa benda aku tak boleh buat. Mati kutu!



Line Internet macam ****
Ni satu lagi turning point yang buat aku rasa sangat-sangat angin. Dah la aku pakai prepaid broadband (dulu pernah pakai celcom, tapi tertunggak tak bayar sampai nak kena blacklist.. Line Celcom sangat teruk! hahah). Sakit hati sungguh!




Menunggu
Aku bukan jenis orang yang suka menunggu. Dan aku jugak tak suka buat orang menunggu. Sakit hati gila kalau terpaksa menunggu tanpa sebab. Paling bengang, bila nak pegi keja sudah lambat, bas pulak gila lambat sampai! Kalau tak tunggu boleh pulak aku tengok bas tue lalu lalang selang 15 minit. Hampeh kan?



Traffic jammed
Sangat bengang tambah-tambah bila dah lambat nak pegi keja atau ada menda penting nak buat contoh pergi interview kerja, dating (pernah ke? haha) dan lain-lain.




Mengidam tapi tak dapat
Jangan fikir pelik! Aku tau ramai bloggerz otak nakal macam aku.
Mengidam dalam konteks ni adalah mengidam nak makan something, tapi tak dapat sebab tak dak duit, payah nak carik, dan sebagainya. Sekarang mengidam nak makan Ayam Nando's! Ada sapa-sapa murah hati nak belanja ke?




Bangun lambat, baju tak iron!
Gila geram. Aku pernah terlajak bangun lambat untuk satu interview kerja yang penting. Padahal dah set alarm, dan jugak reminder. Masa tue plak aku baru sedar baju belum iron (aku sangat-sangat malas nak iron baju. Sangat-sangat!). Gila stress masa tue. Interview pukul 8.30, pukul 11.30 aku sampai. Boleh plak macam tue.




Tengok awek cun
Serius aku tak tau kenapa bila tengok awek terlalu cun aku jadik bengang. Hahahahahahahaahahaha.. Gila stress tengok beliau terlalu cun!




Terbukak Golf Channel kat Astro
Ni satu lagi yang aku pelik. Aku kadang-kadang rasa angin gila kalau terbukak Golf Channel kat Astro. Hadooi... Apa kejadah la ada channel tue. Ada orang tengok ke? Hahah..


Dahaga
Jangan salah faham. Ni dahaga nak minum air. Bukannya aku tak puasa ok. :) Tak suka kalau tekak terlalu kering tanpa sebab munasabah.


Tengok iklan MyEG!
Gila bengang woo tengok iklan MyEG yang ada muka perempuan nyanyi takdak perasaan langsung tue. Apa kejadahla buat iklan macam tue. Top rated iklan yang bikin aku bebai!



-Tamat-

Nota kaki:

Gambar ihsan Google

I'am fragile. Please handle with care. Hahahahahhahahahahah..

Apsal aku terbukak Facebook dan blog beliau tadi. Rasa sangat hampeh sekarang. Kan dah sakit!

Apa plak yang buat korang rasa macam nak bunuh orang? Share di komen ok.







Read Users' Comments (27)

27 Response to "Bunuh Orang Sebab?"

  1. cik panadol says:
    July 15, 2010 at 9:53 PM

    aku tak penah rasa nak bunuh orang, tapi....

    aku rasa nak bunuh diri kalo tgk mamat bapak giler hensem tp tgk sebelah, awek muke macam tongkang pecah!

  2. nur maisarah says:
    July 15, 2010 at 10:00 PM

    saya teringin nak bunuh orgg.... serius ! sebab macam best je tengok org yang saya tak suka mati depan mata.. haha.

  3. kay-N says:
    July 15, 2010 at 10:11 PM

    huh..sy rse nak bunuh orang bila org ungkit gaji saya banyak..cehhh! kalo byk sy dah beli ferrari..uh uh..

  4. Anonymous Says:
    July 15, 2010 at 10:16 PM

    uih, giler bahaya ko nie sampai nak bunuh orang. haha.

    aku plak cam rasa nak bunuh orang bila orang tu tipu aku hidup2. depan cakap lain, blakang cakap lain.

  5. Unknown says:
    July 15, 2010 at 11:05 PM

    sabar... jgn sampai membunuh.. tapi yang kuda tu kelakar la.. ley lak out of service.. hehe

    downlaod lagu kegemaran anda disini

  6. namia cinta says:
    July 15, 2010 at 11:07 PM

    pernah rasa nak bunuh orang gak tapi hanya pada orang yang perasan bagus yang teramat sangat dan mempunyai kepoyoan yang tinggi

  7. FatinNad says:
    July 15, 2010 at 11:15 PM

    bunuh orang salah kat sisi undang2 kan. haha :)
    tapi kalo dapat bunuh orang, tgk mcm sronok je. ak nk bunuh orang kalo muke depan kite, muka xbersalah tp kat blakang kite kacang hantu rupenyer!! hampeh!~

  8. cik shabah says:
    July 15, 2010 at 11:33 PM

    cik shabah rasa bunuh orang tiap kalo bca entri ko.hu3..cinta ini membunuhku weh!haha,ada kaitan ke?

  9. semut lelabah says:
    July 15, 2010 at 11:36 PM

    cik penadol: itu jeles.. haha

    cik azeya: bapak kejam.. huhuh

    kay-N: gaji ko mesti riban riban kan? :P

    mrs eleanor: jangan risau, aku tak akan bunuh ko.. :)

    itu kasi cencang lumat kalo jumpa..

    zairie: aku pun rasa kelakar.. tapi beliau comey jugak!

    namia: rasa takpa, jangan buat. :)

    miss nafa: itu talam dua muka. sila lari laju-laju jika terjumpa.

  10. semut lelabah says:
    July 15, 2010 at 11:37 PM

    cik shabah: jangan la.. hahaha..

    Ko jiwang.. :)

  11. Cik Bucken says:
    July 15, 2010 at 11:58 PM

    ko dah macam aku bile pms plak aku tgk.hahah.

    aku rase nak bunuh orang bile tgk orang tu bunuh orang laen,
    baek kan aku? ~XD

  12. Pinky Pixie says:
    July 16, 2010 at 12:04 AM

    saya pun benci celcom broadband. da terminated dlm mase 7 hari.duit refund x dpt2 lg.. eh2, nak bunuh siapa yer.. hahaha..

  13. cik tomyam says:
    July 16, 2010 at 1:49 AM

    makanan tu sangat sedap.

    kadang ade gak rase cm nk wat b.b.q daging manusia bila intenet cm tututututut . haha

  14. mytafa says:
    July 16, 2010 at 1:57 AM

    iklan MyEG pun kena gak...hahaha, tp aku setuju ngan golf channel kat astro, byr mahal2, aku just tunggu nk tgk badminton tau bola sikit2 la jer...ni tennis, golf...f1 ..boring la sport tu..haha

  15. Cik Yana says:
    July 16, 2010 at 2:32 AM

    nak bunuh org bile org tu tak phm2 benda yg kte ckp,,
    bukan xphm langsung,,
    sengaje wat x phm,,
    pastu xngaku slh kalau da buat salah,,
    padahal da terang lg bsuluh die wat slh,,
    pastu xnk mntak maaf plak tu,,
    ish!
    suwo sgt bg pendapat,,
    kan da mbebel kat komen ni,,
    hahahaa~

  16. Anonymous Says:
    July 16, 2010 at 2:45 AM

    budak-budak petah bercakap tak henti. budak-budak kecik nakal.

    ok senang citer budak budak lah.

  17. doyah says:
    July 16, 2010 at 8:34 AM

    stress tak dapat kentut dlm kelas.ngahahahah

  18. tiafazunia says:
    July 16, 2010 at 12:11 PM

    tgk perempuan cun pon bole bengang ? ini kes pelik!

    hahaha! :)

    tia plg bengang kalo trafic lyte lame sgt2!!!

  19. nur maisarah says:
    July 16, 2010 at 2:08 PM

    kejam ke? tapi best pe. haha. wei. blog aku da bule komen.. muahaha, :)

  20. _cik.laling_ says:
    July 16, 2010 at 6:25 PM

    senng je..
    klo mud x baik!!!!
    mang x ske...

  21. Faiz says:
    July 16, 2010 at 11:07 PM

    marah tu kn amalan syaitan..huhu
    p/s: thanks komen kat blog..=) setiap komen anda amat dihargai...
    ***Hit My Latest Update Here***

  22. yayahidayah says:
    July 17, 2010 at 12:25 AM

    weyhh ko bukak blog sapew sapew sampai nak bunuh2 neyh?

  23. Husna Hadzarami says:
    July 17, 2010 at 12:47 PM

    traffic jammed tu adalah perkara yang merosakkan mood semua orang kot. padanlah orang bandar asyik stress je.

    weh kau bukak FB and blog siapa? ex ke? heh heh :P

  24. semut lelabah says:
    July 17, 2010 at 6:25 PM

    cik bucken: mana ada.. HAHA pms untuk perempuan saja.:)

    pinxie: ko betul2 terminated laju-laju.. haha.. ko cal je celcom customer service banyak kali samapi depa tension

    cik tomyam: haha.. line intenet skrg memang teruk. ada suggestion?

    mytafa: KU CUMA GOlf channel saja. yang lain ok..

    cik yana: boleh buat satu entri terus.. :)

    j.love: alaa, nanti ko beranak jugak.. hahaha

    dayah: ko memang busuk. haha

    tia: serius stress bila tengok pompuan cun. haha.. Selalu terfikir.. Waa, ko cunnya.. kenapa cun sangat?

    cik azeya: ok nanti aku check

    teyha: selalu ke bad mood?

    faiz: hohoho.. betul2.. tengah sabar la nie

    yaya: ex aku.

    husna: taU xpa.. tp nek keta jugak kan? haha.. ya ex aku..

  25. _cik.laling_ says:
    July 19, 2010 at 4:34 PM

    x ad la sllu ble stres n ade persn yg x tentu..huhuhhu...

  26. Khadija says:
    July 19, 2010 at 6:30 PM

    Haha, the picture with the horse is funny! :)

  27. semut lelabah says:
    July 19, 2010 at 9:31 PM

    teyha: setuap orang berbeza

    khadija: hehe.. terima kasih kepada encik Google.. :)