Mengendap a.k.a Skodeng 3: Edisi Gadis Bikin Menantu

Kalau korang alert tentang perjalanan blog aku ni, aku telah berjaya skodeng a.k.a mengendap dua bloggerz excellent. Aku akan skodeng banyak lagi. Insyaallah..

Isu lepas aku telah skodeng seorang bloggerz yang namanya Syed Abu Zulfadhli. Blog beliau bertajuk Microwriter.

Ok, kali ni aku akan skodeng blog yang hampir-hampir sama saja dengan blog Syed Abu ZulFadhli. Namun pemiliknya adalah seorang gadis comel boleh tahan, saudari Izryn Halim. Saudari Izryn adalah seorang student di Kolej Shah Putra, pelajar jurusan kejuruteraan. Blog beliau adalah: DUNIA IZRYN

Masuk sahaja blog Cik Izryn ni, beliau menghidangkan kita dengan lagu Pintu Rindu, aku tak pasti siapa yang nyanyi tapi aku confirm suara itu adalah suara Siti Nurhaliza. Betulkan aku kalau aku salah.

Lepas masuk, maka akan terbacalah kita akan doa Cik Izryn ini:

"bismillahirrahmanirrahim..ya allah, jadikan hamba seorang umat yg muslimah.yg berpegang teguh pada agama-mu,ajaran-mu dan pegangan-mu.semoga amalan dan mujahadah dariku mendapat berkah dari-mu.amin ya rabbal 'alamin"


Cik Izryn, kalau makin ramai orang membacakan doa ini untuk anda, maka hidup anda pasti akan lebih berkat. Insyaallah. Selalunya kita mengarut dengan tagline pelik-pelik. Aku sendiri, tagline blog: Kerana Kamu adalah Cinta hati Aku, ada maksudnya tapi aku tak rasa seistimewa macam doa Cik Izryn ni. Sangat tidak aku terfikir.

Entri blog Cik Izryn ni, sepanjang apa yang aku sempat baca dan tengok banyak berkisar tentang keagamaan. Tapi, mainan bahasa Cik Izryn ni agak sempoi, jadik penerimaan dan pemahaman pembaca macam aku yang lembab ni agak baik. Dalam banyak-banyak entri Cik Izryn yang sempat aku baca, aku paling suka dengan entri: Saya malu bak lebih-lebih.. Malu nak ini lebih-lebih, sebab saya takut. Takut iman saya nipis. Macam mana? (Hadoi panjang tajuk! dah la Cik Izryn ni disable right clcik, nak copy paste sangat payah. Hahaha..) Entri ni panjang. Tapi sangat banyak point yang boleh dihightlightkan. Nak tahu? Baca sendiri!

Blog Cik Izryn ni jugak ada selitkan kisah-kisah menarik sepanjang hidup beliau, contohnya dalam antara entri Minyak Yu Yee, Cik Izryn ada bebel pasal betapa bestnya minyak Yu Yee ni pada beliau. Tanpa minyak Yu Yee ni, macam tak lengkap hari-hari Cik Izryn.. (tiba-tiba aku teringat iklan Carefree Scha Al-Yahya.. Hahaha)

Bagi aku, blog Cik Izryn ni sangat bagus, penuh wadah ilmu, pengetahuan, pandangan, dan cara penceritaannya selamba dan walaupun menjurus ke arah Keislaman, kecomelan penggunaan bahasa Cik Izryn boleh bagi A+. Ya lah kan, budak-budak sekarang mana la nak dengar kalau bebel pakai ayat skema macam aku ni haa... Sebab tue blog aku tak penah dapat buffered earning Nuffnang.

Cuma blog Cik Izryn ni lambat sikit loading. Itu sahaja. Mungkin sebab ada lagu kot atau internet aku yang slow. Dan kalau ringkas sikit entri tue kan Cik Izryn, orang malas macam aku ni mesti tambah suka nak baca. :)

Ok, kepada kamu, kamu, dan kamu, blog Cik Izryn ni sangat bermanfaat. Yang menulis dapat pahala, dan yang membaca pun dapat pahala. Tengok, sambil blogwalking pun boleh buat pahala. Tapi jangan sesat sampai jumpa Video Ariel Peter Pan sudahlah ye.

Cik Izryn ni, memang boleh kata antara calon bikin menantulah. Tapi harap maaf kerana sepengetahuan aku melalui pembacaan di profil beliau, beliau telah diambil.. Tak faham? Bagi faham jugak.














Read Users' Comments (4)

4 Response to "Mengendap a.k.a Skodeng 3: Edisi Gadis Bikin Menantu"

  1. Keretapi says:
    July 11, 2010 at 7:45 PM

    oh, blog dia best! rajin betul promote blog orang ye, semoga satu hari nanti ade orang buat bnda sama tok kau :)

  2. semut lelabah says:
    July 11, 2010 at 11:17 PM

    Keretapi: tak lah rajin.. kadang-kadang je..

  3. izryn halim says:
    July 12, 2010 at 1:33 PM

    Syukron jazillan ya hapiz rahman...(^^)
    trima kasih sbb review blog sy yg x seberapa tuh. mntak maaf jgk kalau entry2 disitu ade buat anda tekesima atau berkecil hati. niat dihati cuma nk menyampaikan peringatan dan teguran secara secara halus. ayat2 sy pn, lebih kpd mngikut kesesuaian readers. so, baca la dengan tone yg tenang

  4. semut lelabah says:
    July 12, 2010 at 4:00 PM

    heheh... kerja ko itu adalah amal jariah.. Moga Allah je akan membalas..