Adakah anda akan memilih Jantan Macam Dato' K ??? Siri 2

Kalau ada yang blur pasal apa yang aku merepek ni, pertama sekali bolehlah tanpa segan serta silu kelik kelik di sini untuk dapat sikit gambaran. Bagi yang dah tahu, teruskan pembacaan anda.. :)

Pertama sekali, aku minta maaf sangat-sangat sebab lambat updated entri sambungan untuk survey tersebut. Banyak sangat yang dalam kepala aku ni. Sampai seru kahwin dengan Nora Danish la.., updated novel la dan jugak ziarah blog-blog korang semua yang aku rasa memang sangat menarik dan best. Comey plak tue.. (lelaki jangan perasan, blog korang tak comey tapi cool..)

Kedua, kepada yang jawab survey aku tempoh hari, aku sangat-sangat hargai. Berikut adalah senarai mereka yang telah dengan rela hati atau terpaksa jawab survey mengarut tue..


Inilah dia mereka-mereka yang sudi jawab survey mengarut tue. Terima kasih daun keladi, ada masa jawab lagi. Ok jom tengok apakah konklusi dan jugak mengapa aku buat survey tue.

a. Sebab aku buat survey nie
Tiada sebab khusus sebab apa aku buat survey tue, melainkan hanya untuk buang masa korang menjawab. Tak lah. Bukan. Tujuan utama aku buat survey tue adalah untuk tahu sikit sebanyak pattern lelaki yang orang perempuan suka ataupun prefer. Berdasarkan survey tersebut, aku mendapati bahawa:

1. Kebanyakan yang menjawab adalah 18 hingga 30 tahun ke atas. Berdasarkan pendapat aku, aku merasakan bahawa sebab golongan ni gemar menjawab sebab mereka-mereka ini adalah dalam golongan "anak dara sunti" dan mengharapkan lelaki yang baik untuk dijadikan teman hidup sepanjang hayat. Bak kata pemudah, masih mencari yang terbaik. (So, lelaki-lelaki kat luar sana termasuklah aku yang single ni, pandai-pandailah take chance. hahah..)

2. Berdasarkan survey, kira-kira 50 peratus adalah sudah berpunya, 49 peratus belum ada, dan seorang telah kahwin. Tahniah kepada miMiE aZiMaSK ^V^ kerana telah berjaya kawin. Peratusan 49 yang belum berpunya itu rasanya tidak termasuk dengan "Its complicated" dan aku juga yakin bahawa peratusan 50 yang sudah berpunya itu untuk dirampas (kejam gila ayat) adalah tinggi sekiranya pakwe masing-masing buat hal tak kesudah.

3. Kebanyakan yang telah berpunya mengatakan bahawa mereka memilih lelaki tersebut kerana lelaki tersebut baik. Agak tertarik dengan jawapan Cik Naz: Dia allergic perempuan lain selain saya dan juga family dia. Aadakah bentuk allergic itu seperti gatal-gatal, tumbuh bijik-bijik, ataupun sebagainya?

Tapi aku kurang percaya sikit sebab banyak faktor-faktor lain yang boleh mendominasi antaranya:

a. Ayat manis
b. Ayat jiwang
c. Pandai mengayat
d. Ayat lagi
e. Faktor lain seperti jujur, amanah, taat ibu bapa, tak tengok filem lucah, hensem macam Fahrin Ahmad, kaya macam Khairi Jamaludin (suka-suka aku petik) dan lain-lain lagi.

Mengapa aku katakan ayat power sebagai faktor utama? Ini kenyataan. Perempuan jangan marah dan lelaki jangan amik kesempatan. Perempuan mudah cair dengan ayat lelaki. Bukti

a. Banyak perempuan lari ikut PATI ke Lambok. Walaupun kalau ikut la kan, banyak lagi kot laki kat bujang dan gay kat Malaysia ni

b. Kalau perempuan tak mudah di ayat, maka tidak adalah peningkatan kes-kes poligami. Pernah seseorang berkata kepada aku "makin buncit perut lelaki, maka ayatnya makin manis". Boleh caya ke? haha..

c. Kalau bab geli-geli, bab buat seks luar nikah, dan macam-macam kes sosial, biasanya akan dimulakan dengan ayat manis lelaki. Tak akan punya perempuan menyendeh mintak disondol (maaf bahasa agak kasar, maaf sekali lagi) kecuali atas kondisi nafsu yang tak dapat dengan sempurna (otak mereng 5 minit sebab hasutan syaitan).

d. Dan lain-lain..

4. Kebanyakan couple menyatakan bahawa family diorang tahu bahawa diaorang ada couple. Itu bagus. (aku couple tak penah bagitau family tapi alih-alih tahu jugak sebab kantoi sms kat handphone.. akak aku suka ceroboh handphone aku). Mengapa bagus? Sebab family tahu dengan sapa kita berkawan. Dan sekurang-kurangnya family dapat beri nasihat. Ni tak, alih-alih dah tau buncit je. Sangat salah dan mintak simpang.. Na'uzubillah.. (Ini serius!)

5. Kebanyakan mahukan pasangan mereka jangan terlalu tua iaitu jangan lebih 10 tahun. Itu bagus. Sebab jika pasangan korang terlalu tua, contoh la kan 20 tahun. Bayangkan masa korang umur 40 tahun, laki korang sudah 60 tahun. Umur lelaki kat Malaysia tak panjang atas beberapa faktor macam gaya hidup tak elok, kuat merokok, tekanan kerja, tekanan mencari akal tipu bini untuk kawin lagi satu, dan macam-macam lagi. Lingkungan umur 60 tue boleh kata "kubur kata mari, rumah kata pergi". Adakah korang (pembaca wanita) mahu jadi ibu tunggal pada usia muda dan masih bergetah. (pada aku 40 masih bergetah lagi..Anita Sarawak 50 tahun maintain je.) . Fikir-fikirkan...

6. Kebanyakan penjawab survey mahu nikah pada usia lingkungan 27-29 tahun.. Ada juga yang mahu 29-30. Relevannya, sebab perempuan sekarang banyak lagi yang berpelajaran dari lelaki. Banyak yang pegang jawatan tinggi. Lelaki? Banyak merempit, banyak menagih, banyak duk pusat serenti, dan banyak juga yang hanya tahu menyusahkan mak dan jugak bapak (ingatan pada diri sendiri).

7. Ramai perempuan merasakan kalau lelaki yang berusia itu, jika bujang tidak mengapa. Maknanya? Itulah, buncit tidak mengapa, asalkan bujang. Tapi anda perempuan di luar sana harus ingat, makin buncit perut lelaki, maka ayatnya makin manis dan mereka akan tidak segan mengaku bujang. Sebab tuelah, ramai anak dara yang menjadi "TIPAH TERTIPU BANG, TIPAH TERTIPU".. Dalam survey ni jugak, ramai yang mengatakan bahawa lelaki berumur matang. Yes true. Sebabnya mudah. Makin berusia seseorang tue, maka dia akan lebih banyak experience dalam segala macam segi. Maklumlah, dah lebih makan garam, sampai kena darah tinggi.

8. Ramai perempuan tak suka lelaki yang beristeri carik bini no 2. Memang, tapi pesan aku kepada penjawab-penjawab survey dan jugak mana-mana saja yang singgah baca, jangan tertipu dengan ayat lelaki.

9. Masing-masing punya pendapat sendiri tentang cinta-cinta. Ada yang sedang tengah bercinta rasa bosan, ada yang bercinta dan rasa best, dan macam-macam lagi.

10. Ramai tidak setuju kata pepatah a.k.a bidalan "buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan". Tapi, pesan aku, hati-hati supaya tidak di bawak lari ke Lambok, ataupun hati-hati jangan terbabas bercinta dengan suami orang dengan cara yang salah.

Selesai. Adakah anda puas hati?

a. Puas seperti malam pertama
b. Tidak puas seperti ejakulasi pramatang
c. So so sebab dah baca buku Kamasutra..

JOM TENGOK BOLA!

Jangan segan untuk tinggalkan komen.. :)



Read Users' Comments (30)

30 Response to "Adakah anda akan memilih Jantan Macam Dato' K ??? Siri 2"

  1. doyah says:
    June 22, 2010 at 2:03 AM

    soalan tu mnarek.sila buat sevey lg.
    aaahahhaha

  2. Opah Vogue says:
    June 22, 2010 at 2:21 AM

    wah...laju jek die nk lempang yek...
    gagagagagga...
    sokong ngn doyah 2...
    wat arr agi yek...
    kerajinan melanda!
    :p

  3. Naz says:
    June 22, 2010 at 2:42 AM

    Apsal tiba2 Naz (no komen) hahaha..
    oh nak tau alergic cana ek? takde gatal2 nyer.. dia gatal2 bila makan seafood ja.. alergic perempuan tuh dia mmg anti-perempuan, eh, bukanlaa benci. SANGAT Anti-sosial dgn perempuan. Kalau perempuan pandang dia ka, mulaa laa bebai sorang2, "tgk2 apa tah". Kalau tgh bratur mana2, perempuan berdiri dekat2 dgn dia haa mula laa dia x snang hati (jd mcm meluat). Refleks dia laju gila mmg mcm magnet yg sama kutub. Menendang. Cukup susah nak berkawan dgn perempuan sampai budak2 laki kt ofis dia suka kenakan dia.

    Kalau pasal ayat2 manis tuh, yg Naz punya ni opposite gila2 lah. Pedeh gila mlut dia. Cakap takda tapis2.. Panas baran..

    Sbb tuh Naz ckp sbb utama pilih dia, sbb dia allergic perempuan. Skang laki susah nk pcaya, lagi2 yg pandai ayat2 manis ni. Jd dgn dia, walaupun kitorang jauh, sekelumit risau pon takda pasal org ke-3. kalau nk jd punca gado pon selalu selisih paham n angin dia lah campur kata2 pedeh dia tu. =P

  4. Cik Bucken says:
    June 22, 2010 at 3:37 AM

    kakakak.cehh.setie lagi aku nengok footballers tekedek2 nih.
    jawapan aku D. puas seperti malam2 esoknye. wakakaka

  5. semut lelabah says:
    June 22, 2010 at 4:39 AM

    doyah: hahah.. esok aku buat. (macam ada masa.. haha)

    Gadis biasa: sikit2 je.. huhu

    naz: saje no komen nak suh ko komen kat sini. Gila ah pakwe ko serius hensem LOL kalo gitu. Sume mata memandang.. hahah.. Macam aku ni, kalo lalu depan pmpuan, depa kalau boleh mau aja tututp mata yang lagi sebelah so terus tak nampak.. hehe..

    cik bucken: gila ngantuk ni esk nk keje pagi plak..

  6. Sharinginfoz says:
    June 22, 2010 at 9:36 AM

    bagus buat survey, lain kali boleh buat lagi ya

    Susu Badan Online

  7. Zai Zamree says:
    June 22, 2010 at 11:14 AM

    hahaha...leh guna gak jwpn tu..

  8. Roxy zai says:
    June 22, 2010 at 12:18 PM

    wow..kalo ada survey lagi..sila roger2 eh??nnti join gak=)

  9. TwoCentsRants says:
    June 22, 2010 at 1:02 PM

    Aku juga setuju jika survey dibuat lagi. Aku geli. Aku geli dengan soalan terakhir dengan jawapan di penghujung entri ini.

  10. Nia says:
    June 22, 2010 at 1:19 PM

    perghh..kesimpulan dia kena aje..hehe. nak tunggu survey u yg next time pulak.

  11. semut lelabah says:
    June 22, 2010 at 9:09 PM

    sharinginfoz: insyaallah.. :)
    cikzaipenang: bole ke? hhaha
    roxy: insyaallah.. tgh sedey sebab tak boleh ping kat gengblogger..
    poison: saje je.. refreshh.. mintak maaf jika anda geli... kita telah dewasa. :P
    nia: tima kasih.. ad sebab aku buat survey nie..

  12. Putera Katak says:
    June 22, 2010 at 9:32 PM

    aku suke ni jek ...

    "Kalau bab geli-geli, bab buat seks luar nikah, dan macam-macam kes sosial, biasanya akan dimulakan dengan ayat manis lelaki."

    hahahahaha

  13. semut lelabah says:
    June 22, 2010 at 9:37 PM

    Jamel: ye kan? tak ada punya pompuan yang akan mulakan ayat-ayat manis. Perempuan dihiasi dengan sifat malu secara semulajadi..

    (jamel Lain kali singgah lagi ye.. haha)

  14. Anonymous Says:
    June 22, 2010 at 10:43 PM

    informasi yang bagus.. boleh jadi panduan pakcik ni..hahaha

  15. monsterz says:
    June 22, 2010 at 10:49 PM

    the answer is

    a)puas seperti malam pertama

    heheheh.....
    (tp kite kwin lg)

  16. semut lelabah says:
    June 22, 2010 at 10:53 PM

    blakepaghe: tima kasih..
    mira: belum kawin duk senyap.. (sama la aku.. haha)

  17. Farahin Esa says:
    June 23, 2010 at 12:53 AM

    bagi aku..ayt lelaki memang memainkan peranan penting...miakakaka~

  18. semut lelabah says:
    June 23, 2010 at 1:00 AM

    mangkok chenta: ko mesti selalu kena ayat kan.. jaga-jaga...:)

  19. k says:
    June 23, 2010 at 1:28 AM

    ala2 macam ratu england? wawawawa apakah maksudnya itu? ehehhe

    rasa puas baca! tapi tidak tersenarai dalam jawapan a atau b atau c. kui3 ;p

    nnti buley buat survey lagi. suke3 dan menarik! ^^

  20. semut lelabah says:
    June 23, 2010 at 1:34 AM

    ilizam: apsal tak tersenarai lak.. tersenarai la...

  21. aya says:
    June 23, 2010 at 1:37 AM

    nk kome psal no 4. i kapel pon xbtaw family kot. hehe

  22. k says:
    June 23, 2010 at 1:45 AM

    panggil zam jer. eheheh. maksud zam, zam puas baca tapi bukan a)sebab tak kawen lagi. b) sebab bukan laki2? kan kan? ejkls prmtg tu utk laki2 jer kan? ;p c)tak SEMPAT bace lagi. muahahahah

    next survey please ... pasal ape pulak ye? ^^

  23. semut lelabah says:
    June 23, 2010 at 1:45 AM

    ayaa: nape x kasitau. Kasitau la. Sekurang-kurangnya family tau apa yang anda lakukan. Itu lebih baik.. (saranan aku saja)

  24. semut lelabah says:
    June 23, 2010 at 1:53 AM

    ooo.. ok.. itu juz aku gurau-gurau je..korang kalao bab ngarut memang suke kan? :P ok nnti wat lagi k. sabo

  25. _cik.laling_ says:
    June 23, 2010 at 2:14 AM

    HUHUHUHU....
    KNP SY X TAW PSL SURVEY NI???
    DA TERLEPAS SESUATU YG MENARIK...

  26. Naz says:
    June 23, 2010 at 2:37 AM

    Hensem ka? Tah biasa ja kot.. bukannya suma prempuan pakat pandang.. hahahaha.. kalau ada perempuan pandang la.. dia meluat.. pelek betul.. hahaha..

    buat Hapiz plak.. alahaii.. xkan laa smp cmtuh skali prempuan tanak tgk awk.. hahaha.. saja jaaa..

  27. semut lelabah says:
    June 23, 2010 at 3:14 AM

    teyha: alololo.. sowi la lupe inform.. yg jawab survey ni pun x diinform..

    Naz: Kira hensem la tue.. :P. Hahaha.. Memang xde sape nak. Sedey nie. Hahaha

  28. en_me says:
    June 23, 2010 at 8:18 AM

    rajinnyerr wat survey tewww..

  29. Dyla Dahlan says:
    June 23, 2010 at 11:19 PM

    adakah jantan seperti datuk K akan memilih saya?hahahha

  30. semut lelabah says:
    June 24, 2010 at 2:36 AM

    Jika anda mencari dia, dia akan memilih anda wahai Fara.. :)