Mengendap a.k.a Skodeng 1

Ya, kali ini aku merasakan bahawa aku sangat *sangap dan rasanya apa yang terbuku di hati perlu aku salurkan dengan cara yang betul. Tension sungguh sebab asyik-asyik dengan cara dan juga **medium yang salah saja. Jadi, kena cari ***medium yang betul LOL!

Nekad siut! memang tak mau lagi aku pandang belakang sebab kalau ****pandang belakang memang segalanya akan hancur. *****Jalan-jalan dengan rakus. Jalan-jalan dengan mata meliar. Sudah ternampak mangsa! Malas tunggu lama. ******Terkam saja!

Adakah aku merogol?
Adakah aku mencabul?
Adakah aku membuat perbuatan yang tidak senonoh?

Korang memang otak kuning la wei! Hahah.

Sudah! Jangan buat laporan polis kerana aku hanyalah seorang bloggerz sahaja.

Begini....

* Sangap: Bosan
** Medium yang salah: Terjah
***Pandang belakang: Intai dan blah
****Jalan-jalan: Blogwalking
*****Terkam: Mengulas

Maaf kerana menggunakan bahasa yang agak klise. Saja kadang-kadang menyusahkan pembaca.

Sebenarnya hanya mahu menjelajah dari blog ke blog saja. Yeah! Mangsa pertama aku adalah...


Blog ini adalah kepunyaan cik adik manis Nur Su'iadah.

Pertama sekali, yang membuat aku rasa selalu saja nak jengah blog ni adalah kerana ada gambar Cik Su'aidah yang besar gedabak, sedang asyik berlenggang kangkung memegang selendang. Selendang merah ya. Ya, gambar itu menggambarkan bahawa Cik Su'iadah seperti sangat pasrah, sama seperti nama blog beliau. Antara header blog paling menarik pernah aku jumpa sepanjang aku blogwalking.

Cik Su'iadah ni boleh dikatakan antara blogger yang popular, dengan pengikut terkini sebanyak 699. Banyak tue! Bukan calang-calang dapat capai bilangan pengikut sebanyak tue. Otai nie..

Dalam setiap entri Cik Su'iadah, beliau banyak menceritakan apa yang terjadi dalam kehidupan seharian beliau, dan bagi aku cara penceritaan beliau yang bersahaja dan ikhlas itulah yang menyebabkan blog beliau sentiasa menjadi pujaan hati mereka yang suka blogwalking, contohnya aku.

Cik Su'aidah juga banyak berkongsi tip dan pandangan peribadi beliau mengenai dunia bloggerz, contohnya dalam entri beliau yang latest ini. Sila klik untuk mengetahui!

Bersempena dengan Piala Dunia, CIk Su'aidah juga gemar menghupdate berkenaan dengan bola. Ya, Cik Su'aidah suka tengok bola, dan kalau siaran langsung takdak kat TV1 maka beliau akan tengok online ataupun layan kat kedai makan. Cik Su'aidah ni peminat pasukan Belanda, walaupun beliau agak kecewa sebab England kena belasah 4 1 dengan German tempoh hari. Haha.

Pendek kata, memang tak rugi dowh berkunjung ke blog Cik Su'aidah. Bak kata pepatah di Astro: macam-macam ada.

Dan aku paling suka dengan header blog Cik Su'aidah. dan, buat kesekian kalinya, aku pasrah.. :)







Read Users' Comments (3)

3 Response to "Mengendap a.k.a Skodeng 1"

  1. Nur Suaidah Bachok says:
    June 29, 2010 at 2:15 PM

    Owh bro!!! ;) (kenyit mata sikit)

    TQ TQ much much prada. first time kot orang buat ni. hehe. bangga sikit. tapi malu sebenarnya!

    erkkk. takdelah otai, biasa saja. blog picisan. blogku cerita biasa2 sahaja. cume merepek ikhlas dari hati. huhu.

    terkedulah. tak tahu nak cakap apa nih sebab terharu. TQ much much! :D

    p/s: ku minat F1 jugaa! dan Man U~

  2. juMa says:
    June 29, 2010 at 11:44 PM

    singgah cni berjalan-jalan jugak.huhu..salam kenalan.

  3. semut lelabah says:
    June 29, 2010 at 11:51 PM

    su'aidah: samalah aku jugak minat MU. haha
    juma: salam juge.. :)