KOMUNIKASI CEMERLANG MALAM PERTAMA (18SX)


Aku terdetik untuk tulis entri ni masa naik bas balik dari keja td. Ada satu couple yang nampak romantik sangat tadi beri inspirasi kat aku yang masih single nie. Apa yang best, couple yang aku nampak tadi gunakan bahasa insyarat untuk komunikasi (OKU). Otak malaun jahat aku ni memang hampeh. Terfikir plak aku macam mana la couple ni komunikasi (communicate la lagi best) masa malam pertama. Senyum kambing! Haha. Nak tahu tak?

Tapi sebenarnya, apa yang aku nak kongsi kali ni memang takde kena mengena langsung pasal malam pertama, couple tadi, pecah dara, pecah teruna atau cerita-cerita 18 SX yang korang expect bila singgah nak baca. Sekali lagi, aku harap aku berjaya kencing (tipu) korang yang aku tau memang masing-masing otak kuning. Senyum lagi!Haha.

Aku nak kongsi dengan korang tentang penekanan satu-satu perkataan yang berbeza bila kita bercakap atau keluarkan ayat. Walaupun ayat tue ayat yang sama. Macam mana? Ok, macam ni!

1. Cuba baca ayat nie dengan nada monotone iaitu nada selari, macam takdak perasaan:

Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

2. Ok, sekarang baca ayat nie dengan memberi penekanan, atau suara yang lebih menumpukan kat perkataan yang di bold (ditebalkan.. macam buku plak nak tebalkan). Baca juga dengan penuh perasaan macam tengok cerita Lagenda Budak Setan.

a. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

("Saya" cuba tegaskan bahawa "Mamat" tidak menskodeng anak Makcik Bedah)

b. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

(Ya, "Mamat" memang tak skodeng anak makcik Bedah)

c. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

(Mamat memang tak skodeng anak makcik Bedah, tapi Mamat buat salah lain kepada anak makcik Bedah)

d. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

(Bukan Mamat yang skodeng anak Makcik Bedah, tapi orang lain)

e. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

(Mamat memang tak skodeng anak makcik Bedah, tapi Mamat buat salah lain kepada anak makcik Bedah)

f. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

(Mamat tak skodeng anak makcik Bedah, tapi dia skodeng anak orang lain)

Berbeza kan maksud ayat?

Sebab tuelah, kadang-kadang apa yang kita cakap, orang tak faham atau salah faham sampai boleh buat salah faham dan boleh buat gaduh. Nada suara penting ooo.. Jangan main-main. Nada suara yang berbeza nie boleh buat ayat kita jadi maksud yang berbeza. Kita mungkin sedang marah, perli, mengumpat, mengutuk, katakan tidak dengan hanya satu ayat yang sama, tapi nada dan penekanan yang berbeza-beza.

So, setelah baca entri ni, adakah korang rasa Mamat memang skodeng anak Makcik Bedah? Haha..












Read Users' Comments (20)

20 Response to "KOMUNIKASI CEMERLANG MALAM PERTAMA (18SX)"

  1. llizam says:
    June 23, 2010 at 11:55 PM

    nada yg berbeza membawa maksud yg berbeza. baru perasan ne, bile diternagkn teliti begitu. ehehhe menarik2!

    layan citer jepun? ad 1 citer, tajuk orange days, pompuan dalam tue, bisu. die n bf die berkomunikasi menggunkan bahasa isyarat. so sweet n walaupun dgn bhs isyarat jer, ape yg dilakonkan memang menjadi. ehehhe ^^

  2. Teyha is daddy's girl says:
    June 24, 2010 at 12:23 AM

    nice entry....chayok2!!!
    hik3...

  3. Cik Bucken says:
    June 24, 2010 at 2:03 AM

    hahahha, seyes kelaka.kretif2..bace byk2 kali jugak nak pahamkan

  4. Hapiz Rahman says:
    June 24, 2010 at 2:34 AM

    Zam: tima kasih kepada couple OKU itu kerana bagi aku idea.. (aku sangat suka usha diaowang td dlm bas, sampai tumpah air coke aku.. heheeh)

    Teyha: thanks.. :)))

    Cik Bucken: cuma kuatkan suara bila sampai pada perkataan yang ditebalkan.. hahah ditebalkan.. :)

  5. yayahidayah says:
    June 24, 2010 at 3:39 AM

    okiew seyes kreatif tp tuh lah adew penarik kot!

  6. armie::parc::udinc says:
    June 24, 2010 at 3:46 AM

    aku penah nampak couple OKU communicate sesame dorg..sgt sweet :)

  7. Hapiz Rahman says:
    June 24, 2010 at 4:07 AM

    yaya: kreATIF tak bole tidur.. haha
    armie: yeah! sangat sweet sampai air coke yang manis dan sweet tue tumpah.. haha

  8. tutttutt says:
    June 24, 2010 at 3:43 PM

    ee ingat lagi belajar bahasa isyarat tangan tu masa sekolah rendah! konon habis cool lah tu bercakap bahasa rahsia guna tangan. padahal nak cakap 1 ayat pun dah makan masa 5 minit.

  9. Fay Nana (Cik Fana) says:
    June 24, 2010 at 10:52 PM

    mungkin dia sekodeng. atau die sekodeng makcik bedah? haha! i like this entry. :D

  10. Hapiz Rahman says:
    June 24, 2010 at 10:58 PM

    tututut: kalau mende mengarut ko mmg suke kan? heh

    cik fana: hahaha.. mungkin juga. :)

  11. ney says:
    June 24, 2010 at 11:11 PM

    laen yg ditekan,laen yg difaham kan~so kena la guna gaya bahasa yg betol~ lagi satu,org selalu keliru dengan ayat penyata or pertanyaan~

  12. Hapiz Rahman says:
    June 24, 2010 at 11:17 PM

    ney: tau xpe! haha..

  13. nuriz says:
    June 24, 2010 at 11:31 PM

    macam orang buat latihan baca berita lak ahaks ..best2!!

  14. syAzAnA says:
    June 24, 2010 at 11:38 PM

    yepp. satu ayat kkdng boleh bawak maksud yang lain even satu perkataan. dari segi intonasi lah.

  15. Faiz says:
    June 25, 2010 at 12:43 AM

    bagus2..nie sume dlm pelajaran com skill..huhu..

    p/s : thanks komen kt blog td..hehe..=)

  16. Hapiz Rahman says:
    June 25, 2010 at 1:07 AM

    NUZ: memang latihan membaca.. hahah
    SYAZAZA: Memang pun. Sebab tue kadang-kadang orang selalu salah faham.. :)
    FAIZ: Nak komunikasi pun kena ad skill wooo...

  17. Naz says:
    June 25, 2010 at 7:55 PM

    Hahaha... Mamat skodeng ah snang cita.. byk sgt dah tone.. :p~

    neway yg pasal oku tuh.. mlm pertama macammana nk komunikasi ek? ever heard of "body language" ehemm... tuh jalah yg diperlukan dong!!!! LOL

  18. Hapiz Rahman says:
    June 26, 2010 at 4:11 AM

    naz: ko buat aku fikir kotor la.. hahaha.. body language? hmmmmmmmm./////

  19. Nazra~ says:
    June 26, 2010 at 4:26 PM

    haha best lah pasal nada tu. mcm kelas AF lak kena baca pasal nada pitching tu. tp kelakar :P

  20. Hapiz Rahman says:
    June 26, 2010 at 9:05 PM

    Nazra: aku tau ko nazra kal;o bab pitching-pitching ko suke la kan. hehhe.. sebab ko suke aku buat a posting nie.. hehehe