Apabila Tapak Kaki Berbicara- Kerja, kerja dan Kerja!


Aku habis belajar kira-kira setahun setengah sudah. Dan kira-kira selepas tahun arah tuju masih nampak kabur dan agak samar-samar..


Lepas habis belajar (kira-kira dua bulan) aku tanpa fikir panjang ke UiTM Puncak Alam untuk "running" satu kiosk minuman kecil di salah satu kafeteria di sana. Agak-agak mengarut juga sebenarnya. Tapi pergi juga sebab bila difikir duduk di rumah pun hanya melangut tak buat apa-apa.

Masa kerja di kafeteria, ada juga aku dapat interview kerja gomen. Dua kali. Satu untuk jawatan Pensyarah di Politeknik, dan satu lagi Penolong Pengurus Asrama di Universiti Malaya. Pergi interview, nasib dan rezeki tak lekat lagi , dua-dua kali aku dapat hanya calon simpanan sahaja.

Cerita panjang pun tak guna. Masa kerja di kafeteria, aku jumpa satu edaran suratkhabar masakan percuma, Akhbar Majalah THE COOK (Citarasa Orang-orang Kita). Dan lepas tengok satu offer kerja aku pun email satu surat tawaran dengan resume yang ntah hapa-hapa.

Kerja di kafeteria aku rasa tak boleh pi dah (kata orang Kedah). Bukannya apa, rasanya perlu gerak terus ke depan kalau asyik di takuk itu maka sampai bila-bila akan jadik papa kedana.

Selepas Hari Raya Aidilfitri, maka aku dapat satu panggilan daripada bos THE COOK, menawarkan kerja sebagai Penulis tetap di sana. Tanpa fikir panjang, sebab aku sudah berhenti kerja di kafeteria jadi aku terima tawaran tersebut. Maka aku sekali lagi tinggal kukuh tanpa ke mana-mana, di Shah Alam.

Kira-kira lebih sebulan aku kerja di THE COOK, jadik lagi satu perkara yang amat-amat rasanya buat aku kecewa. Putus dengan awek yang sangat la aku sayang. Masa aku susah, masa aku perlukan seseorang, tiba-tiba sahaja. Kecewa? Dua minggu aku macam orang gila.

Tapi hidup kena terus kan?

Semuanya ok saja mula-mula dan aku rasa kerja sebagai penulis memang sangat sebati dengan jiwa aku. Tapi kemudian masuk bulan ketiga mula datang segala mak nenek masalah. Tak perlu aku cerita sebab benda dah lepas, jadi tulis rasanya hanya mengarut sahaja.

Masa aku kerja di THE COOK, aku dapat lagi dua peperiksaan untuk gomen, satu Pengurus Asrama UiTM, dan satu lagi Pegawai tadbir Diplomatik. Sekali lagi, satu haram periksa gomen ni aku tak lepas. Adusss.. sangat kecewa.

Dan lepas kira-kira 7 bulan aku kerja di THE COOK, bertahan, dan bertahan sampai aku sendiri rasa nak rebah, aku ambil keputusan drastik berhenti notis seminggu. Kerja pun belum ada. Serabut jangan cakap la. Tuhan aja yang tahu. Dalam pada seminggu aku bagi notis, kawan baik aku Asrar namanya mintak resume aku untuk satu tawaran kerja.

Tup tap, tup tap, tunggang terbalik pergi interview Alhamdulillah aku dapat kerja hanya kira-kira seminggu lepas aku berenti kerja di THE COOK. Kerja yang aku pun tak pernah terfikir akan aku dapat dan aku akan buat. Isnin ni maka aku mula kerja. Jauh, terpaksa menapak dari Shah Alam ke Sunway Piramid. Aku tak tahu apa akan jadik bila aku kerja shift sebab aku tiadalah ada pengangkutan selain pengangkutan awam sahaja.

Aku sebenarnya sangat terkilan. Aku merancang sambil kerja di THE COOK aku nak sambung sarjana@master. Surat interview pun dah dapat. Tapi apakan daya, aku terpaksa berhenti kerja di THE COOK. Sangat hampeh ya.. Terkilan sangat-sangat.

Memang sangat benar, KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH YANG TENTUKAN. Aku tak tahu selepas ni, ke mana pulak arah tuju aku.

Kepada En. Hafizi, Bos THE COOK, aku mintak maaf sangat-sangat kerana terpaksa berhenti. Percayalah, setiap dugaan, kesusahan mesti ada hikmah dan kesenangan di kemudian hari..
Kepada Izhar Hafifi, partner aku masa kerja di THE COOK, Moga-moga cepatlah kahwin.
Kepada Cu'ed, Kerja baik-baik dan ko akan berjaya..
Kepada En. Faisul, bekas bos marketing THE COOK, jom pi mancin!
Kepada Murni Balqis, kawan kerja sehidup semati, akak meniagalah lagi baik!
Kepada Ecah budak praktikal di THE COOK, praktikal elok-elok, lagi sebulan sahaja..

Salam dari tapak kaki aku..
.

Read Users' Comments (3)

3 Response to "Apabila Tapak Kaki Berbicara- Kerja, kerja dan Kerja!"

  1. Balqis House says:
    June 6, 2010 at 12:46 PM

    kecik...akak dah tulis comment kat sini dgn penuh perasaan...tp tak dpt nk post....geram tol...
    x pe...akak doakan kejayaan kecik...akk bertuah dpt jumpa kawan seikhlas kecik....kecik doakan akk semoga berjaya ye...suami akk baru bg keizinan utk kerja di tmpt kecik tp akk tak tau lah boleh pegi lg ke x...walaupun kita dh jarang jumpa akk harap kecik tak lupakan akk....kalo ada apa2 nk minta tlg akk sedia membantu kecik seupaya akk...akhir kata..kecik jg diri2 baik2....selamat berjaya

  2. semut lelabah says:
    June 6, 2010 at 3:12 PM

    Rilek a akak.. x cool la kalo ngomen penuh perasaaan.. hahah

  3. Balqis House says:
    June 7, 2010 at 1:00 AM

    weh..promote website akk weh....www.balqishouse.com...hehehe