SEBAB PEREMPUAN MENYAMPAH TENGOK LELAKI

Empat hari tak update blog. Alexia Ranking jatuh mendadak!

Rasa kurang sungguh. Bukan apa, aku demam, batuk dua hari lepas dan atas nasihat rakan-rakan sekerja yang disayangi, maka aku disuruh tidur awal (takdak effect pun).

Entri kali ni adalah ringan, sebab kepala otak aku masih berat lagi walaupun tak la berat sangat (mengada saja lebih).

Wahai wanita, pernah terfikir sebab apa kadang-kadang kamu dan kamu semua agak menyampah tengok lelaki? Dan lelaki, dan aku sendiri juga pernah terfikir tak sebab apa wanita menyampah dengan kamu dan aku?

Aku bahagikan sebab-sebab kepada dua iaitu sebab logik dan jugak tidak logik.

SEBAB LOGIK
Perempuan adalah makhluk pelik. Kadang-kadang, apa yang kita rasa menyampah dia rasa ok. Contoh, aku merasakan shopping itu mengarut (beli, then balik sudah la. haha) tapi kebanyakan perempuan suka gila shopping. Macam tu jugak dengan sebab dan penyebab buat perempuan menyampah kepada lelaki. Setiap orang berbeza. Itu yang pasti. Tapi, sebab-sebab logik am atau general yang buat kebanyakan perempuan menyampah tengok lelaki adalah:

Annoying
Annoying dalam bahasa Melayu agak-agak sama macam menjengkelkan. Lelaki yang annoying biasanya poyo. Kadang-kadang aku jugak macam ni. Sebab tu perempuan menyampah kat aku. Contoh annoying adalah seperti buat benda bodoh, lawak bodoh tak kena tempat, ayat tak kena gaya, muka kerang busuk, dsb.

Kalut
Perempuan jugak sangat menyampah lelaki kalut. Perempuan sukakan lelaki yang cool. Apa situasi tetap maintain cool (walau dalam hati Tuhan je tahu). Tapi, cool itu mesti ada batas. Jangan jadik cool sampai macam takdak perasaan langsung. Itu gila namanya. Aku? Boleh jadik kalut sangat, dan kadang-kadang terlebih cool plak. Haha..

Bedebah
Lelaki bedebah adalah jenis lelaki yang buruk perangai segala serbi. Tapi bagi aku, bedebah ni lebih menjurus kepada ambik kesempatan.

Perempuan: Jumpa lelaki macam ni sila maki ramai-ramai
Lelaki: Jumpa lelaki macam ni sila jadikan partner gay.... Eh2... Silap. Sila pukul beliau ramai-ramai.

Berlagak Pandai
Serius aku memang berhadapan terus dengan situasi macam ni. Seorang kawan aku dulu (masa zaman moda-mudi) memang gila-gila punya berlagak pandai. Semua benda dia nak betul. Semua benda tak nak kalah. Semua benda kena ikut cakap dia. Nak tau apa jadik? Bukan setakat perempuan, lelaki pun turut memulaukan beliau. Sekarang aku tak pasti beliau telah insaf atau tak.

Manja Mengada
Kebanyakan perempuan yang aku jumpa memang sangat menyampah kepada lelaki yang manja plus mengada. Sebab? Lelaki adalah tempat bergantung kepada perempuan. Kalau semua benda nak merungut, semua benda nak ada orang tolong, macam mana perempuan nak bergantung?

Banyak Mulut
Menjadi seorang yang banyak mulut adalah tidak salah. Tapi bila dah banyak mulut, maka makin banyak kita salah cakap dan makin terbongkar kelemahan kita. Banyak mulut jugak buatkan seorang lelaki itu kelihatan sangat tidak cool. Paling elok: Cakap perkara yang perlu sahaja dan mesti ada unsur humor (aku pun tak mampu nak buat).

Malas
No komen.

SEBAB TAK LOGIK

Ini pulak antara sebab tak logik yang aku rasa tak mungkin buatkan seorang perempuan menyampah tengok lelaki:

Miskin
Perempuan tidak akan menyampah tengok lelaki miskin. Kalau miskin, plus hensem, plus baik, plus rajin maka itu pakej lengkap (tambah sikit aspek kepandaian). Perempuan mesti suka punya (walau mula-mula kesian).

Muka Tak Hensem
Perempuan jugak tidak menyampah jika seseorang lelaki itu tidak hensem langsung. Tak hensem boleh jadik pakej, cuma kena tambah sikit pakej duit dengan ayaq liur.

Kerja Tak Macam Orang
Kebanyakan perempuan tidak menyampah kepada lelaki berdasarkan pekerjaan. Contoh terbaik: bangla kerja kilang pun still boleh ayat sampai dapat kan? Mamat Lambok yang kerja kat tapak binaan pun boleh bawak lari awek cun punya balik Lambok.

Pendapatan Tak Menentu
Kebanyakan perempuan tak akan menyampah tengok lelaki yang gajinya ciput. Tapi akan menyampah kalau lelaki gaji ciput, tapi bajet best macam gaji mengalah pengarah.

Pakai Selekeh
Kebanyakan perempuan tak menyampah lelaki yang selekeh, tapi mungkin akan rasa geli kot.

Bodoh a.k.a Kurang Pandai
Kebanyakan perempuan tak menyampah terhadap lelaki bodoh. Tapi akan rasa bengang kalau kebodohan itu sampai menyusahkan diri perempuan tersebut.. Hhahahahaha.. Contoh? Bodoh lelaki tak reti tukar kereta pancit, bila tahap berpanas, peluh pondan pun dah banyak menitik, mahu tak bengang perempuan tersebut.
(sekurang-kurangnya dalam situasi ni lelaki tersebut harus berlagak pandai)

Lurus Bendul
Lurus bendul adalah adik kepada bodoh. Tapi lurus bendul ni sebenarnya agak comel kalau tak keterlaluan. Kebanyakan perempuan tak menyampah kepada lelaki yang lurus bendul.

-Habis-

Nota kaki:

Aku tak rasa entri kali ni ringan. Haha

Perempuan yang nak komen, sila nyatakan apa yang buatkan anda menyampah terhadap lelaki? WAJIB!

Lelaki sila defend! WAJIB!

Aku? Berkecuali sebab aku tuan punya blog. Suka hati la.. :)




















Read Users' Comments (26)

26 Response to "SEBAB PEREMPUAN MENYAMPAH TENGOK LELAKI"

  1. Namia Cinta says:
    July 24, 2010 at 8:48 PM
    This comment has been removed by the author.
  2. Namia Cinta says:
    July 24, 2010 at 8:53 PM

    semoga cepat sembuh yer...

    saya paling menyampah dengan lelaki yang tak tahu langsung hormatkan perempuan... tunjuk teror depan perempuan lagi lah sangat menyapah

    http://namiacinta.blogspot.com/2010/07/wth-nak-jerit-jerit-kat-aku.html

  3. yayahidayah says:
    July 24, 2010 at 9:13 PM

    aku pantang law laki tuh PENIPU!
    grrrrrrrrrrrrrrr

  4. Sarah Nivea says:
    July 24, 2010 at 9:43 PM

    Byk betul point penting...
    -annoying
    -kalut
    -berlagak pandai
    -manja mengada
    -malas
    pernah jumpa semua tu dlm hidup,
    paling MENYAMPAH yang MALAS.
    bukan takat menyampah je,
    nak tengok pun rasa sakit hati je.

    O_O

  5. cik hana says:
    July 24, 2010 at 10:06 PM

    haha...lwk btul entri kali ni...well,, lelaki yg bersikap POYO amtlah dbnci ole kaum hawa..poyo dsini mksdnya..dia mcm tau sumanya..dia mcm perfecto...tp hampeh....lol T__T

  6. Keretapi says:
    July 24, 2010 at 10:28 PM

    aku tak suka laki yang gatal.

    gatal banyak segi ye.

    yang tengok pompuan dahi licin sikit, ngorat. apa kau rasa kau hensem sangat?

    pastu laki yang melalut kat status fb. tanye sape single, sape sanggup kongsi awek la, die kesunyian laa. kalau sunyi sangat gi la mengaji ke ape ke!

    pastu aku tak suka laki yang mata pandang pompuan seksiii je.

    pendek kata segala jenis gatal laa.

  7. ♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ says:
    July 24, 2010 at 10:53 PM

    ak nympah ngn laki kalo suke mngongkong..
    mcm pkwe kwn ak tuh..
    smpai rmpas2 nset la..
    mrh2 la..
    tiap2 mggu wajib ikut dye pi mane ntah..
    then..nk balik umah sndirik pon jrg2..(ak dk hostel)
    smpai nek train pon dye ikot..then..
    ckp ngn mmbe2 neyh..selamba jek tengking..
    mrh2...
    ktorg ni kwn mkwe dye kot...ckp la baik2 cket!,...
    setiap gerak geri nk taw..
    glernye laki! ( tp xsemua camtuh..ak juz gram kt jantan xgune 2 je!...)


    soe la..emo lak..hu2

  8. Nina Nurziana says:
    July 24, 2010 at 11:20 PM

    sy paling tak mensampah lelaki yang x gentlemen.

    gentlemen xsemestinya tolong bukakan pintu, or tarikan kerusi.
    tapi. yang let women finish her word first.. then only he respons.

    tp jgn la terlebih sgt sampai tolong angkat kan handbag. jadi gentlemen. bukan gentle.

    heeee.... ;)

  9. makbed says:
    July 25, 2010 at 12:08 AM

    saya setuju dengan semua di atas. hahahahaa

  10. rhapsody LiN says:
    July 25, 2010 at 12:11 AM

    sy x ske lelaki yg annoying. contohnye yg nk jd perfect dpn pompuan. jz b urself

    sy x ske lelaki penting diri sendiri + berhati batu

    sy x suka lelaki yang kedekut

    sy x suke lelaki yg suka ckp pasal seks

    sy x suka lelaki yg pandai ckp je. konon2 dia hebat dlm bercinta. tulis kt blog mcm pro giler lah. tulis en3 macam dia lelaki melayu terakhir, dia lelaki baik konon...... tp siapa kenal dia kt lua tau lah dia mcm mne. haisshh.. sakit hati betul. pandai je menipu dgn tulisan dia tu.

    pssss.........
    sy suka lelaki pandai :)

  11. Sofia says:
    July 25, 2010 at 12:44 AM

    wahh..sumenya macam lepas geram pd lelaki aje.. kekeke..

    saya plk? emmm.. sgt2 xsuka pd lelaki yg pemalas.. eee.. xsuka betuila.. dah la pemalas, pastu menyelerakkan rumah, n tukang kemas adalah perempuan..emm, mungkin sbb sy ada saudara lelaki yg seperti yg dikatakan, jadi sgt2 xsuka lelaki yg pemalas mcmtu..

    n mybe sbb saudara lelaki sy tu pikir, rumah byk perempuan, so, sume keje kemas2, sapu abu2 rokok dia, angkat2 baju2 dia yg main letak merata2 tu keja perempuan kot!!


    p/s:: suka tgk gaya lelaki2 yg luar lembut, tapi masih lelaki sejati..

  12. Hapiz Rahman says:
    July 25, 2010 at 1:06 AM

    namia: TQ da ok pun. :) baca komen ko teringatkan perangai aku maa belajar dulu. Ada sorang classsmates aku, pompuan nama beliau R. Beliau alim, tapi pelik sikit. Aku selalu je kasar dengan beliausebab rasa ada je tak kena.. Teruk gila aku nie.. Sekarang R ni dah kawen pun.. :)

    yaya: Normal la sebagai lelaki.. haha

    sarah nivea: aku pun kategori malas. sebab tue xdak yang nak kot..

    cik hana: Equal tue budget best. Selalu gak aku berperangai camtue. Sekarang kurang sikit kot. haha

    keretapi: gatal dengan nakal beza kan? Masa baru-baru clash dulu raanya status aku pun asyik jiwang-jiwang je. Ramai yang meluat. Mata aku pun jahat jugak! :P

    ctiey: kongkong masa couple je. Dah kawen nnti lain kot cerita. Pelik-pelik.. Perasaan ni benda subjektif. Kita mungkin rasa bapak kongkong la itu la ini la. Tapi si empunya badan yang kena kongkong rilek je. Tak bleh nak buat apa-apa..

  13. Hapiz Rahman says:
    July 25, 2010 at 1:12 AM

    nina: lelaki gentlemen? Perempuan kena tahu apa sebenarnya realiti seorang lelaki yang gentlemen. Nanti aku buat entri khusus pasal ni..

    makbed: tak la semuanya betul.. :)

    rhapsody lin: highlight kepada point yang dibawah saja.. heheh.. :)

    sofia: mana ada. kalao ada entri pasal pompuan, mesti ada follow up entri pasal lelaki.. :)

    aku pun malas jugak.. :)

    apa yang aku tulis ni adalah pendapat peribadi, tak semua betul. Harap semua menilai dengan hati yang terbuka.

    Semua yang tulis jugak adalah berdasarkan pengalaman, dan jugak diri sendiri sebagai rujukan.

  14. drill_red says:
    July 25, 2010 at 1:53 AM

    you 4 get to put.. PENIPU dan TAK JUJUR meh!!..

  15. Pinky Pixie says:
    July 25, 2010 at 2:47 AM

    semua hentam lelaki jer.. kasihan mereka.. huhu

  16. Hapiz Rahman says:
    July 25, 2010 at 4:13 AM

    drill_red: lebih kepada menyampah. Aku rasa penipu atau x jujur tue lebih kepada benci.

    Pinjie: Mana ada aku hentam. Aku cakap menda yang betul. selalunya kalau entri macam nie, esoknya aku akan buat entri lain plak berkaitan pompuan plak..

  17. Khadija says:
    July 25, 2010 at 4:18 AM

    Haha thanks for your first lovely comment, I really appreciate it :p
    & that's true you can be a muslim AND be stylish :)

    xoxo Khadija

  18. ain fathihah says:
    July 25, 2010 at 8:53 AM

    lelaki dan perempuan itu, saling melengkapkan..

    'sedangkan Adam sunyi tanpa Hawa'


    hehe

  19. Sofia says:
    July 25, 2010 at 6:13 PM

    hehe..

    nnt klu ada entry pasal pompuan, mesti ramai plk yg hentam pompuan..

    adeii..

    ape2 pun, mari2 kita upgrade kan diri kita.. yeahhhhh...

  20. molmolla says:
    July 25, 2010 at 6:31 PM

    sebab2 yg logik tu semua aku setuju! hahaha :D

  21. .:Azreen:. says:
    July 25, 2010 at 8:46 PM

    aku cukup menyampah kalau lelaki yang pemalas. sebab aku ni pemalas. nanti kalau kawen siape nak kemas rumah aku??

    anyway,
    aku tak pastilah ape yang boleh buatkan aku menyampah dengan lelaki. sebab majoriti lelaki yang aku kenal semuanya baek2 belaka (aku rasalah). masing2 tak cari pasal ngan aku..

    tp kalau perempuan itu, banyak! sangat banyak kot!!

    hisyh aku konfius plak tibe2.. aku ni sokong lelaki ke perempuan???

    gagaga.

    ^^. get well soon, bro~

  22. zati says:
    July 25, 2010 at 11:43 PM

    sebab tak logik tu memang TAK PATUT huhu

    antara sebab logik..ada dua yang aku setuju..annoying dengan manja mengada..manja mengada nie yang tak boleh blaaaa...eeeeeee MENYAMPAHHHHH huhu (emo laks aku)

  23. Hapiz Rahman says:
    July 26, 2010 at 12:38 AM

    khadija: you;re welcome.. :)

    ain fatihah: betul tue.. moral: jangan jadik gay or lesbian

    sofia: betul.. kita kena sentiasa upgradekan diri..

    malmolla: tima kasihh.. :)

    azreen: ye ke baik> depa berlakon je kot.. hahah.. Thanks

    zaty: boel bikin tension.. haha (ada sapa-sapa yang faham kenapa aku buat komen macam ni kat cik zaty?)

  24. wan.haniza says:
    July 29, 2010 at 7:30 AM

    perempuan x menyampah dengan lelaki selekeh tapi menyampah dengan lelaki pengotor

    paling menyampah dengan lelaki yang x faham bahasa, especially kalau dah cakap direct, dah tak berkias-kias

  25. Sha Lavender says:
    May 10, 2012 at 11:33 PM

    hehehe....senyum sorang2 bace entry nie...walaupon x 100% btol....apepon..salute with u....bijak mngatur ayat....buat yg sedih jadi gembira....hee..thanks..^_^

  26. Anonymous Says:
    December 8, 2016 at 2:45 AM

    au tak suka perempuan masuk neraka tapi nabi kata ramai pulak masuk neraka jahanam..apa pasal pun aku tak tahu.