JANGAN BUAT BENDA NIE KALAU MASUK UNIVERSITI!


Tadi, masa aku keluar kejab masa half time Portugal vs Brazil, aku mula perasan dah tempat tinggal aku di Shah Alam ni makin crowded. Sebulan lepas rasa aman sikit sebab macam lengang. Kedai mamak lengang, parking lengang, ketawa annoy takde. Tapi sekarang sem baru nak mula kan? So, budak-budak UiTM Shah Alam mula lah datang sikit-sikit. Maka kembalilah Shah Alam seperti biasanya (UITM menyumbang kira-kira 50,000 bilangan penduduk kepada bandar Shah Alam. Banyak tue!!)

Ok, bukan nak bebel pasal budak-budak baru masuk. Tapi aku nak bagi tip pasal freshie di mana-mana saja IPTA/IPTS. Ada beberapa perkara yang sangat-sangat perlu budak-budak baru amalkan supaya tidak mereka tidak mengecewakan mak dan bapak kat kampung sebab kantoi exam, result below par, kena tangkap khalwat dengan Pak Guard, kena tangkap khalwat dengan Jabatan Agama Islam, mati bunuh diri sebab kecewa mengandung, gila meroyan, buang anak luar nikah, ataupun kena tendang keluar sebab banyak sangat masalah.

Pantang larang tersebut adalah:

Kejutan Budaya (terutamanya untuk freshie dari kampung dan kawasan pedalaman)
Ini terkejut lebih teruk dari "terkejut beruk". Yelah kan, budak-budak baru masuk biasanya lepasan SPM, STPM, Matrik yang masih muda belia dan juga dara sunti (teruna tak payah.. haha). Mentah lagi. Masa kat kampung, apa lah yang ada kan? Bila masuk U, macam-macam ada. So, mulalah terkejut lebih dari terkejut beruk. Lupa habis semua ajaran mak bapak dan tok imam kat kampung. Yang perempuan tudung terbang, baju mula ketat, rambut berkarat. Yang laki mulalah tumbuh tanduk, terkejut sebab jumpa banyak sangat jumpa awek cun.

Homesick
Homesick ni merupakan penyakit yang biasa budak-budak baru yang masuk U. Penyakit ni biasanya tak lama, sekejab je sembuh. Tapi, kalau dah melarat sangat sampai nangis tiap-tiap malam teringatkan mak bapak, ayam, itik, lembu, dan kambing kat kampung, jumpalah kaunselor cepat-cepat.

Ikut Kawan yang Salah
Bila jauh dari keluarga, kawan-kawan la peneman sejati. Mana-mana pegi pun dengan kawan. Buat apa-apa pun dengan kawan. Tapi....

-Tak kan bila kawan pegi clubbing korang nak ikut?
-Tak kan bila kawan korang teguk arak korang nak ikut?
-Tak kan bila kawan korang hisap ganja korang nak ikut?
-Tak kan bila kawan korang pakai seksi korang nak ikut?

Jangan ikut kawan yang salah. Bila tahu kan kawan tue perangai macam tak macam orang, jangan ikut dia. Korang tak akan mati kalau tak ikut kawan. Salah pilih kawan ni satu menda paling serius perlu semua freshie-freshie amik tahu. Penting LOL!

Couple-couple
Ini satu lagi tahi yang perlu freshie-freshie jauhkan bila masuk U. Satu perkara yang aku nampak, budak-budak baru nie terutama girlz masa mula-mula masuk nampak sangatlah baik. Tapi, masuk 3 4 bulan, mulalah berangkut sana, berangkut sini. Mula pandai kuar ngan jantan, mula pandai pegang-pegang tangan. Mulalah pandai study sama-sama. WTF? Adakah kalau tak study sama-sama anda akan gagal exam? Korang tau tak, menangis mak korang kat kampung kalau tahu..

Student A: Cinta kami suci. Sangat suci!

Jawapan aku: Nikah dulu, barulah cinta itu jadik suci!

Student B: Orang lain couple, aku nak couple jugak.

Jawapan aku: Ok, kalau orang makan tahi, ko nak makan tahi jugak?

Student C: Aku tak dapat tepis perasaan tue. Serius dia betul-betul buat aku jatuh cinta.

Jawapan aku: Kalau betul sayang, cakap kat dia, terus terang, then belaja rajin-rajin, kumpul duit PTPTN, bila abis belaja masuk meminang dia. Kan senang?

Habiskan duit PTPTN
Serius, aku jugak termasuk dalam kategori nie. Duit pinjaman ni selalu saja abis. Bila dah habis, reti plak buat part time, keja masa hujung minggu carik duit lebih. Itu bagi yang buat kerja halal. Yang buat kerja haram sebab duit PTPTN habis? Contoh, lelaki jadik anak ayam gay, perempuan jadik gro, mencuri.. LOL! Serius, duit tue memang cukup-cukup untuk belanja satu sem kalau invest dengan cara yang betul dan tidak mengamalkan cara hidup salah.

So, bila dapat duit pinjaman tue gunakanlah sebaik mungkin. Duit tue kerajaan bagi pinjam supaya kita invest kepada benda-benda betul macam beli buku, beli laptop, duit tambang. Bukan benda salah macam handphone, joran memancing, buat pegi joli, dan lain-lain lagi benda mengarut.

Ponteng Kelas
Jangan ponteng kelas! Ponteng kelas boleh buat lecture hangen kat korang. Korang jugak akan banyak ketinggalan apa yang lecture ajar. Percaya lah cakap aku, kalau korang sebebal mana sekalipun, kalau korang tunjukkan kesungguhan belajar, datang kelas, amik quiz, amik test, mesti korang akan lulus, walau seteruk manapun performance korang dalam final exam (tapi jangan tak jawab langsung masa final exam. Itu bodoh!)

Tak Belajar
Tak belajar ni sebenarnya agak sama saja dengan ponteng kelas. Bezanya, tak belajar ni sebenarnya lebih kepada malas, tak buat asignment, dan jugak lain-lain benda yang berkaitan dengan malas. Penyakit malas ni sebenarnya susah nak ubah. Pandai-pandailah.. Sebab apa? Fikirlah kan bila dah masuk U nie, kalau sapa-sapa yang rasa diri dia malas, cepat-cepatlah berubah. Belajar kat U sangat tak sama macam belajar kat sekolah!

Habis.

Zaman belajar sebenarnya zaman yang sangat best. Korang pasti akan rindukan zaman bila dah habis belajar nanti. Jangan rosokkan keseronakan tue dengan buat menda-menda lagha dan jugak mengarut.

Paling penting aku nak ingatkan, budak-budak baru terutamanya girlz, tolonglah jangan hanyut dengan dunia cinta-cinta zaman U. Kalau terlanjur? Korang mungkin mengandung dan kemungkinan hidup korang musnah sangat tinggi. Tapi lelaki? Senang-senang saja dia boleh claim, "ko buat dengan orang lain, ko nak tuduh aku".

Selamat Belajar Bersungguh-sungguh!






Read Users' Comments (25)

25 Response to "JANGAN BUAT BENDA NIE KALAU MASUK UNIVERSITI!"

  1. Unknown says:
    June 26, 2010 at 1:43 AM

    haha..thx..bagus gak info2 ni..
    dan aku..bakal menjadi freshie kat uitm nnt..
    huhuhu...

  2. Anonymous Says:
    June 26, 2010 at 1:45 AM

    haa. aku setuju dgn semua kata2 kau. walaupun ada sedikit terkena batang hidung sendiri tapi semua pun ada nasihatnya. :) thumbs up !

  3. semut lelabah says:
    June 26, 2010 at 1:56 AM

    miko: tahniah.. belaja rajin2 yer..

    faten: sama-sama kita mengingat.. :)

  4. Faiz says:
    June 26, 2010 at 2:07 AM

    luahan perasaan betul ini..hehehe..

    p/s : membalas komen td..npe xpilih lg..haha

  5. @cik_ezati says:
    June 26, 2010 at 2:37 AM

    betul3, setuju sangat even tak kena batang hidung sendiri..minta-minta laa di jauhkan sampai habis belajar nanti =)

  6. aion says:
    June 26, 2010 at 2:57 AM

    semua tu macam banyak kali dah orang cakap kn.
    but insyaAllah, budak u semua okay je kot.
    pepandai laa nak hidup, and u life laa paling mencabar. go with the flow and have fun being student.

  7. semut lelabah says:
    June 26, 2010 at 3:04 AM

    faiz: belum lagi sebab belum sedia dan belum kawin
    zati: Aminnn...
    aion: yes ramai suda berpesan. tp ramai lagi duk buat. kenapa..

    "budak u semua okay je kot": aion maaf sangat tak setuju. melambak kot budak2 u buat maksiat tanpa mak ayah tau..

  8. IRAH HAJERAH AZMAN says:
    June 26, 2010 at 3:05 AM

    plg tak mau ler kejutan budaye tu. pandai2 ler korang jaga diri

  9. Aina says:
    June 26, 2010 at 4:00 AM

    tips yg sgt berguna , terima kasih !
    :)

  10. semut lelabah says:
    June 26, 2010 at 4:08 AM

    iera: terkejut berukk.. haha
    alisha: sama-sama..

  11. she jirah says:
    June 26, 2010 at 4:16 AM
    This comment has been removed by the author.
  12. semut lelabah says:
    June 26, 2010 at 4:33 AM

    SHE JIRAH: Kenape comment di remove?

  13. me says:
    June 26, 2010 at 12:08 PM

    huhu..good thinking bro...yupp..hidup zaman u xsama cam skul..lect xkan mik brat cam cikgu..tye itu ini...laki xpe, xbnyak hal sngat. pompan ye..dak pompan kene care n careful choose a new freind..
    "baik kawan anda, baik la anda.buruk kawan anda,buruk la anda"..
    ingat tu...

  14. Unknown says:
    June 26, 2010 at 2:41 PM

    hidup kat uni dgn iman senipis kulit bawang,
    mmg mudah la kalo nak rosak
    sbb sng nak terikut-ikut dgn kawan
    n nak cube sume bnde
    family jauh,
    xde cpe nak sekat apa kita nak buat
    kena selalu berhati2 dan ingat Tuhan.

  15. Syed Abu Zulfadhli al-Qadrey says:
    June 26, 2010 at 3:07 PM

    Kehidupan di u akan menjadi ujian bekalan iman yang telah disediakan...Berpegang teguhlah dengan ajaran islam,jgn jadikan persekitaran yang kurang kondusif mempengaruhi kita...

  16. SiHatiMerah says:
    June 26, 2010 at 7:15 PM

    Setuju sgt2 dgn kata2 kamu..u kn0w,aku dulu pun penah alami 'kejutan beruk' itu masa bru sampai k.l,tp sekejap je.tersilap memilih kawan.dan xda lah teruk sgt smpai ikut p disko,minum arak dll yg sosial sgt.just selalu kuar mlm,lepak kt kdai mkn,berkawan dgn gay2,huhu..yg akhirnya gay2 itu membelasah aku,haha..
    Aku nk post link blog ko nie kt fb bleh?bnyk kenalan aku yg masih menuntut d U atau bru nk menuntut,aku rasa dorg patot baca kot..yg da terjerumus harap2 akan berubah,kalau mak ayah dorg tau pasti akan kecewa!terus terang aku ckp,aku benci org yg hipokrit nie,dpan keluarga bkn main alim dan baik,belakang keluarga?huh nauzubillah..aku smpai xterckp,nk tegur pun segan sbb aku bkn nya perfect.

  17. semut lelabah says:
    June 26, 2010 at 8:38 PM

    ezull: ikut kawan memang x cool sikit pun
    haura: tue kalau iman senipis kulit bawang. Kalo xde langsung? abis.. huhuuh. Ingat Tuhan banyak2..
    Syed: sangat setuju dengan anda..
    ziela: camne ko ley kawan ngn gay? meh aku skeh ko laju-laju.. hahaha Silalah post. MOga-0moga, usaha kita ni akan dirahmati Allah..

  18. Nur Suaidah Bachok says:
    June 26, 2010 at 10:52 PM

    hahahahhahahaha!! gelak dulu. point awal2 sume aku tak buat. tapi yang bawah2 sume aku buat. tak belajar, ponteng kelas dan habiskan duit ptptn. Wahhhh seronok! belajar lak dah habis.

    ehhh! kite sama uitm shah alam laa. tp aku baru je abis.

  19. semut lelabah says:
    June 26, 2010 at 11:18 PM

    nur suaidah: haha.. aku juga buat menda dibawah. tp result x penah la jatuh. heheh (lecture syg aku.. :P)

    aku juga suda abis belaja.. :P

  20. SiHatiMerah says:
    June 26, 2010 at 11:29 PM

    eheh..panjang cerita nya weh,huhu..
    best lah korang,dpt belajar sampai U,aku smpai I je,hahahah...

  21. Cik Yana says:
    June 26, 2010 at 11:56 PM

    btol ape yg ditulis tu,,
    lg satu,,
    kalo bchenta kt U tibe tibe putus,,
    jgn anggap dunia ni x de pape da,,
    buktikan kt die yg kte bley bangun walopn ditinggalkan!!!
    bg result yg plg gempak!
    biar die menyesal sebab janda die lg terer,,
    hahahhaha~

  22. aion says:
    June 27, 2010 at 12:28 AM

    okay takpe.
    tapi memang laa ade ke budak buat maksiat bagi tahu parents? 'respect'lah kalau ade.

    memang laa ramai yg buat,tp nak buat macamane kan? berpesan sesama sendiri pun boleh, kadang-kadang kita pun buat jugak. so bende cam nih susah nak cakap.

    macam kat matrik dulu pun, macam-macam pihak kolej buat, tapi tu kolej, bukan budak sekolah, so semua dah besar kan, susah laa nak dengar.

  23. semut lelabah says:
    June 27, 2010 at 12:40 AM

    ziela: story lah.. haha.. nyibuk nak tau.
    yana: senang x yah cinta terus. haha
    aion: susah nak dengar? Sekeh laju-laju lah. :) berpesan sama sendiri bagus. Kalau tengok membe da hanyut, pesanlah. Kalau buat jugak, nak buat camna kan?

  24. .ShazaSulaiman. says:
    June 27, 2010 at 11:46 AM

    wah feedback nye bole thn ntry neh.yelaa..
    ntry yg bgs..mengingatkn junior2 sekalian.hehe

    pape pn,ini baru life bile at u..hehe
    sumenye pada diri kite..
    so pndi2 la nk idop ye kwn2x.
    g.luck kpd junior2 sekalian yer.huhu;DD

  25. semut lelabah says:
    June 27, 2010 at 8:09 PM

    S: itulah kak.. kalau entri ok, mesti feedback ok.. kalo entri hampes, sure feedback hampes.. :)