KENAPA AKU MENULIS?
Ada dapat komen anonymous tadi. Pedih jugaklah ayat beliau. Sentap jugak aku. Tapi aku hargai pendapat beliau. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan aku memandang setiap pendapat itu ada nilai harganya.
Kenapa aku menulis?
Persoalan yang sangat ringkas. Terkadang aku keliru. Tapi keliru itu tidak buat aku terkesima.
Aku ringkaskan supaya korang semua tak menyampah nak baca.
Berkongsi
Aku suka kongsi. Setiap apa yang jadi dalam hidup aku, aku rasa pengajaran untuk diri aku. Kalau tak jadi pengajaran sekalipun, pengalaman yang buatkan aku lebih kuat hadap masa depan.
Pengalaman manis seronok kita kongsi.
Pengalaman pahit kita kongsi untuk kita ketawakan diri kita.
Kadang-kadang ketawakan diri sendiri sangat best. Tak percaya?
Mengingat
Apa cuma mengingatkan diri aku. Setiap apa yang aku tulis adalah arkib peribadi peringatan kepada diri aku.
Aku bukan betul
Aku bukan sentiasa betul. Dan orang lain berhak menilai. Sila betulkan aku kalau aku salah. Aku menulis sebab ingin diri aku diperbetulkan.
Tambah pengetahuan
Nak menulis bukan senang. Kalau aku, aku lebih suka memerhati dan kemudian tulis.
Jadi berbeza
Dikalangan kawan-kawan selingkungan aku, aku rasa cuma aku saja yang menulis. Terlalu suka jadi berbeza. (Aku memang berbeza kot. Ramai cakap aku comel. Haha..)
Berleter?
Aku jenis yang suka bercakap. Bercakap banyak buat aku rasa aku tidak "cool". Menyuarakan mendapat melalui penulisan bukan berleter. Menulis adalah tentang memerhati, memahami, dan mentafsir.
Berkawan
Kawan-kawan di blog berbeza dengan kawan-kawan dengan di Facebook, atau Friendster. Tagged? Tak penah buat.
Kawan-kawan di blog menghargai aku dengan cara yang berbeza.
Terima kasih.
Berkahwin
Tiada kena mengena. Hahaha..
Nota Kaki:
Kekeringan idea untuk Novel Cinta Hati Kamu. Dalam otak asyik fikir kerja-kerja dan kerja saja. Macam mana?
July 12, 2010 at 1:40 AM
"Berkahwin
Tiada kena mengena. Hahaha.."
#wah..cik shabah ske betoi sebab yang kat atas tuh.ahaks:p
July 12, 2010 at 1:48 AM
=)
July 12, 2010 at 2:14 AM
nak beri pendapat itu boleh, tp mengapakah perlu gunakan identiti anon. haha.. smpi skrang masih berfikir. =)
July 12, 2010 at 4:54 AM
suhai: akan aku check..
July 12, 2010 at 4:57 AM
nurul aziera: :P
cik shabah: aku juga ketawa bahk-bahak bila tulis menda alah itu.. haha..
pinky pixie: takpe.. :)mungkin anon mahu bergurau..
July 12, 2010 at 8:37 AM
:D.. tak pa.. janji hati puas... pedulikkan kata orang.. :D yg penting jadik diri sendiri :D
July 12, 2010 at 9:00 AM
Emk.. kawan diblog,kite kenal erat2..^__^ sebab kite follow daily life dorang..Blog lg best dr FB :)
July 12, 2010 at 9:42 AM
Berkahwin
Tiada kene mngena.
ahahahahah..
mcm xdew motif plak!
July 12, 2010 at 10:54 AM
kenapa ngan komen tu? awat tak publish... nak bace gak. sungguh tak hormati org yg bagi komen, dah le pakai anonimes..
p/s aku lak yg sentap.
July 12, 2010 at 12:14 PM
salam hafiz...
berkongsi membuatkan kita merasa lebih di hargai dan menghargai antara satu sama.. lain..
ketandusan idea...
bagi akk..
kalau dapat lepas solat subuh dan zikir..berjalan menyusuri pantai..sebelum mentari pagi menjelmakan diri..saat itu jiwa terasa amat tenang menyaksikan alam ciptaan illahi yg maha agung...
July 12, 2010 at 1:35 PM
mimie: kena pedulik jugak kata orang. takut nanti dikata bodoh sombong..
umie nadhirah: aku setuju. blog lebih best dari fb..
yayahidayah: tah hapa-hapa aaku ni kadang-kadang.. :)
simawarhitam: segan la nak publish.. hehe
azlina: lepas solat subuh tue ok.. bab tepi pantai ke, matahari terbit ke, terbenam ke dah tak sempat sekarang..
July 12, 2010 at 1:41 PM
amek komen2 yg negatif tu sebagai positif.. ini blog kita.. biar la kita nak tulis apa pun.. kalau suka baca, kalau tak suka bleh blah. haha~
July 12, 2010 at 1:59 PM
:)
ngee~ di awal dulu dah kene macam nie...amik yang positif ya...
menulis tu kan best...sebab itu semua dari pemerhatian kita,pengalaman kita,dan tafsiran kita lihat di sekeliling kita.
July 12, 2010 at 2:11 PM
wahhhh kamu dah ada anoy kah!
July 12, 2010 at 3:58 PM
nadhira: kalau tak suka pun xpe...
camelia: betul setuju 110 peratus
Nir su'aidah: bukan semua orang suka kat kita kan..
July 12, 2010 at 4:15 PM
gua berblog simply untuk blabbing.
July 12, 2010 at 5:39 PM
hapiz,
best kan berkongsi cerita dalam blog nie kan? at least kite boleh sampaikn ilmu kat orang lain. betul tak?
July 12, 2010 at 11:03 PM
j.love: lu memang suka blabing beb... haha.. :)
ciklily: betul tue kak..
July 12, 2010 at 11:29 PM
.selamat menulis.
hee
July 13, 2010 at 6:56 AM
sebijik mcm lin :
1=
Tambah pengetahuan
Nak menulis bukan senang. Kalau aku, aku lebih suka memerhati dan kemudian tulis.
2=
Berleter?
Aku jenis yang suka bercakap. Bercakap banyak buat aku rasa aku tidak "cool". Menyuarakan mendapat melalui penulisan bukan berleter. Menulis adalah tentang memerhati, memahami, dan mentafsir.
3=
Berkawan
Kawan-kawan di blog berbeza dengan kawan-kawan dengan di Facebook, atau Friendster. Tagged? Tak penah buat.
Kawan-kawan di blog menghargai aku dengan cara yang berbeza.
=)
July 13, 2010 at 8:55 PM
lin: hohoho.. gitu...