SEBAB LELAKI MENYAMPAH DENGAN WANITA
Entri ini adalah kesinambungan daripada entri lepas. Sila klik sini untuk entri: Sebab perempuan menyampah dengan lelaki. Kelik jangan tak kelik.
Aku lelaki. Dan sebagai lelaki, sungguh kadang-kadang rasa sangat annoy dengan sesetengah jenis wanita. Maaf, bukan nak berlagak baik, sebab aku bukan baik pun. Aku menulis berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian disekeliling. Itu saja. Rasa nak kongsi, aku kongsilah. Macam jugak entri lepas, aku bahagikan alasan-alasan sebab tajuk entri di atas kepada dua: sebab logik dan sebab tak logik.
SEBAB LOGIK
Mengada
Lelaki sangat tak suka dengan perempuan yang mengada-ngada melebih. Itu tak boleh, ini tak boleh. Merengek sana, merengek sini. Ok fine kalau pakwe beliau boleh tahan dan fine jugak kalau muka beliau cun tahap Nora Danish. Mengada tak sama dengan manja ya. Mengada lebih kepada sesuatu yang dibuat-buat. Manja pulak lebih kepada perangai semulajadi.
Mulut Puaka
Sungguh aku sebagai lelaki sangat annoy dengan perempuan yang mulut puaka tak ingat. Aku rasa lelaki lain pun macam tue jugak. Mulut puaka ni bukannya busuk bau mulut. Tapi mengumpat tak ingat. Mengumpat 24 jam. Mengumpat normal la kalau sikit-sikit. Biasa benda tue. Kalau lebih-lebih sampai dalam mimpi pun mengumpat, tak tau la nak kata apa.
Mulut puaka jugak adalah jenis perempuan yang mulut lancang tak ingat. Main lepas je cakap. Pedihnya tak ingat. Perli siap dengan jeling mata. Pergh, sangat makan dalam dan tak boleh blah.
Dengki
Dengki yang negatif. Dengki sebab pakwe member hensem, then usaha untuk rampas. Dengki sebab member dapat result ok dalam exam, then bakar nota member (hahah.. ada ke?). Dengki sebab member disukai ramai, then usaha untuk burukkan member kat belakang. Sangat annoy! Tambah-tambah kalau kantoi.
Malas
No komen.
Asyik Cerita Pasal Pakwe
Ni pun kadang-kadang aku pun selalu jugak terlepas. Manusia jugak kan. Tapi tidak sekarang sebab single. Haha..
Aku ada member macam ni sorang dulu. Gila rimas. Kalau borak je mesti cerita pasal pakwe beliau. Aku yang baik hati ni layan angguk je walaupun terpaksa berlakon suka dengar (selit-selit jugak cerita pasal aku. haha).
Kuat Maki
Salah sikit maki. Tak kena sikit maki. Kira perkataan-perkataan buruk tue jadik kebiasaan. Lelaki yang banyak cakap maki-maki pun sangat annoy (aku pun kadang-kadang banyak jugak termaki hamun.. Manusia kan?), inikan pulak wanita ayu bertudung penuh dengan tatasusila.
Tapi yang peliknya, aku tak rasa heran plak kalau sesetengah bloggerz perempuan yang kuat maki-maki. Entah. Complicated.
Bajet Best
Beliaulah yang paling xun, dialah yang paling menawan. Beliaulah yang paling vogue. Tak ada orang lain boleh lebih dari beliau. Sangat menyampah gila-gila.
Gedik
Ini satu lagi. Hadoooiiii!
SEBAB TAK LOGIK
Tak Cantik
Paras rupa bukan ukuran untuk menyampah kat seseorang.
Kuat Nangis
Lelaki tak menyampah kat seorang perempuan yang kuat nangis. Lemah lagi adalah. itu senjata. Anda wanita kena ingat.
Kuat Makan

Apa punya reason kod ni da?
Kuat Berak
Mana ada!!!! hahaha
Kuat Kentut
Tanya Doyah. Hahaha.. Tau sapa Doyah?
Kurang Pandai
Kurang pandai ni aku lebih fokus kepada istilah blur-blur. Comey apa!
Kuat Shopping
Ada lelaki yang menyampah. Ada yang tak. Depend. Kalau aku, tak suka ikot! Even mak aku or kaklong or kakngah aku ajak shopping pun aku malas.
Selekeh
Tak menyampah. Tapi tak berapa best. Sebab laki suka usha sesuatu yang best. Haha.. Kenyataan. Tapi kelakar jugak kalau sekali sekala tengok perempuan mata sembab, muka laju, baju tak iron, sebab bangun lambat dan tak sempat.
CUKUP MENGARUT!
Nota kaki:
Pandangan peribadi aku saja. Sila terima dengan hati terbuka. Maaf andai ada terkasar bahasa.
Apa yang korang semua menyampah dengan perempuan? Tak kisah la apa saja. Kongsi di komen!
Sama-sama cuba baiki diri yang tak sempurna..
July 28, 2010 at 12:55 AM
mengada-ngada dengan lelaki lain.padahal dah ade pakwe.
Memang Damn. XD
July 28, 2010 at 1:13 AM
entah lah,, walaupon ku bukan pompuan yg sempurna tp syukur bnyk dah kalau aku x tergolong dlm geng2 yg ko list tu. hehe
;)
July 28, 2010 at 1:16 AM
Kuat Maki
Salah sikit maki. Tak kena sikit maki. Kira perkataan-perkataan buruk tue jadik kebiasaan. Lelaki yang banyak cakap maki-maki pun sangat annoy (aku pun kadang-kadang banyak jugak termaki hamun.. Manusia kan?), inikan pulak wanita ayu bertudung penuh dengan tatasusila.
Tapi yang peliknya, aku tak rasa heran plak kalau sesetengah bloggerz perempuan yang kuat maki-maki. Entah. Complicated.
= macam aku pon ada gak.haish =
= maki dalam blog je pon.dunia realiti?haha.bertempatla kan.hee =
anyway..nice one.
July 28, 2010 at 1:19 AM
aku...
mulut puake
gedik
pedengki
malas
asyik citer pasal pakwe
kuat maki
bajet best..
pergh... aku mesti asyik kene reject pas ni..
ko punye entry selalu nampak keburukan aku..
hahaha
joking-gurau-joking-gurau
^^.
July 28, 2010 at 1:34 AM
cm ne byknye lelaki mnyampah kt pompuan..cm 2 gak la pompuan mnyampah kat lelaki...haha
July 28, 2010 at 1:44 AM
aku tergolong dlm golongan kuat maki tak? haha.
yg pasti, kuat makan itu 'ye'.. heheh.
July 28, 2010 at 2:26 AM
malas tu ade
>_________________<
July 28, 2010 at 2:30 AM
-esok je aku balas komen korang. sini hujan aku nak tdo dengan best- haha
------------------------------------
July 28, 2010 at 6:05 AM
Check out I link You under special blog =)
July 28, 2010 at 9:12 AM
urm.....ko benci aku tak? sebab aku ade gak ciri2 kt atas tu hahaha....
July 28, 2010 at 10:40 AM
blogger pompuan yg kuat maki dlm blog tak semestinya kat luar dia mcm tu..mcm aku la..ececehhh nak gak bg contoh..hahahaha aku banyak kategori SEBAB TAK LOGIK tu la..isk..isk..isk...
July 28, 2010 at 11:24 AM
wah, buleh ngumpat sampai dlm mimpi? hahahhaa. tu bukan ngumpat, tu ilham~
kuat kentut pun masuk dalam kategori ke? abih la mak buyung-mak buyung mmg sure rejek punye. mmg kuat kentut!
July 28, 2010 at 1:50 PM
blogger pompuan yag kuat maki-maki.haha,tuu cam cik shabah je.ahaks! =)
July 28, 2010 at 2:16 PM
HEMM!! BILA SUKA!!
"U NI MANJA LA.. I LIKE!!"
BILA TAK SUKA!!
"JANGAN MEGADA-NGADA BOLEH TAK??"
HA HA HA..
ADA TAK MCM TU??
P/S: REFER TO DEFINISI MANJA DAN MENGADA2.. HA HA
July 28, 2010 at 3:17 PM
poyo xbertempat..
July 28, 2010 at 6:38 PM
haha.nice one.. :)
July 28, 2010 at 8:46 PM
Hahaha..aku pun menyampah dgn perempuan2 gedik+mulut puaka+mengada2+dengki..mmg silap besar lah kalau kena dgn aku,sbb aku akan MAKI dorg..wahaha..
Ko menyampah x dgn aku?heheE~
July 28, 2010 at 10:24 PM
aku lak tak suke pompuan
-gedik gila tahap gaban
-perasan bagus
-dengki n perampas
-mengada-ngada
-asyik cita pasal pakwe-hadooiii, rimas betol
aku tak kot..hehehe*muka perasan*-jgn maki aku weh :P
July 28, 2010 at 11:02 PM
pmpn byk yg gedik kalau kita layan dia..yang bagus yg sopan, tak byk ckp..low profile..rasanya lar..
July 29, 2010 at 7:30 AM
hahha...bgus dari research sndri ke..hahaa
p/s: thanks komen kat blog..=) setiap komen anda amat dihargai...
***Hit My Latest Update Here***
July 29, 2010 at 9:26 AM
un phat lee: itu gedik namanya
rhapsody lin: bagus.. menantu pilihan ni.. hahahhah..
doyah: aku tau ko baik..
azreen: aku saja memang tuju kat ko.. haha.. just joking.
kuku: tau xpe.. :)
haura: kuat makan xpe. aku pun sama. tapi x ebsor-besor pun..
ery farieha: stabdard la tue.. haha
July 29, 2010 at 9:28 AM
suhaida: thanks alot!!sangat hargai..
cik penadol: mana aku tau. hahah.. tengok dulu lah.. :)
ayue: banyak yang tak logik? bajet comel la tue. haha.. wei mana j.love punya blog? beliau delete ke? aku tak jumpa..
July 29, 2010 at 9:34 AM
makbed: kuat kentut ko tanya doyah.. haha
cik shabah: ramai kot yang macam tue. terima seadanya... haha
drill red: itu situasi biasa tue.. :)
diraja: tau xpa.. :)
mira'e: tima kasih.. :)
sihati merah: belum lagi nak nyampah.. :)
mrs eleanor: tengah fikir nak maki ke tak. haha
life kami: subjektif sebenarnya.. :)
faiz: rajin-rajinlah jengah ye..
August 2, 2010 at 1:03 PM
errr ... gua yg mne ek ?
ouh, gua golongan yang baek2 je,
:)
tengok! gua da bajet inesen neh!
xley blah btol!
August 7, 2010 at 8:52 PM
kecill...ko minat kt doyah ke??wahaha