TIP UNTUK LELAKI: JAUHI WANITA SEPERTI INI DIFACEBOOK


Pada entri yang lepas aku ada bebel pasal jenis-jenis lelaki yang patut anak gadis, anak dara, wanita, isteri, ibu tunggal dan juga datin-datin harus jauhi di Facebook. Sila kliksini untuk maklumat lanjut.

Rasanya adalah berat sebelah sekiranya aku hanya memberi tip-tip kepada kaum hawa saja. Nanti tak pasal-pasal aku kena banned dengan bloggerz lelaki.

Jadi, untuk tidak berat sebelah, aku dengan suka hatinya aku berikan sedikit tip hasil daripada pengalaman dan jugak pemerhatian aku yang tak seberapa ni. Sekali lagi aku ingatkan, tip-tip ini hanyalah pendapat peribadi aku saja.

Perhatian: Tip-tip ini tidak boleh diaplikasikan kepada rakan wanita yang anda kenali, ataupun saudara mara)

Facebook wanita yang 80 peratus dan lebih kawan wanitanya adalah lelaki

Aku selalu jalan-jalan di Facebook dan selalu jugak aku mengusha profil-profil wanita. Selalunya, pemilik Facebook wanita yang kawan lelakinya adalah melebihi 80 peratus biasanya tergolong dalam kategori awek cun. Lelaki sangat suka add wanita cun. Kadang-kadang hanya saja untuk usha gambar. Itu saja.

Mengapa aku katakan pemilik Facebook seperti ini harus dijauhi? Wanita seperti ini kemungkinan besar adalah playgirl, senang menerima, senang melayan dan jugak mudah jemu. Biasalah kan? Perempuan cun. Itu adalah normal. Tapi, jika anda jenis lelaki yang sukakan cabaran, yes go ahead! Akan tetapi, pastikan anda adalah single, hensem, dan juga berduit.

(tip ini tidak seratus peratus betul)

Gambar terlalu seksi

Mungkin ada yang mengatakan, adalah hak peribadi untuk melatakkan apa saja jenis gambar. Seksi ke, separuh naked ke.. Kan?

Ok, itu memang hak peribadi. Tapi, melalui Facebook ia menjadikan gambar tersebut public dan sesiapa saja boleh melihat. Di mana harga diri anda? Jujur aku katakan, wanita yang biasanya meletakkan gambar yang terlalu seksi di Facebook biasanya gila glamour, sukakan perhatian, suka dipuji berlebihan dan lain-lain lagi. Aku minta maaf kepada para wanita di luar sana. Sila ambil perhatian dengan perkara ini.

Terlalu sosial

Tak la perlu dijauihi sangat. Cuma sila berikan perhatian yang lebih sedikit. Facebook memang boleh menceritakan bagaimana cara hidup kita, siapa kawan-kawan kita, dengan siapa kita berkawan, dan apakah jenisnya diri kita ini.

Status in relationship/married

Kepada lelaki diluar sana, tolong jangan jadik perampas perosak rumah tangga orang. Ramai lagi perempuan di luar sana yang masih single.

Kelihatan seperti kaki kikis

Nak tahu macam mana jenisnya perempuan kaki goda di Facebook?

a. Cepat sangat dan terlalu senang melayan

b. Status in relationship ataupun married tapi kawan dan komen lelaki sangat banyak dan kebanyakannya sangat annoy

c. Banyak juga list friend yang berumur ataupun separuh umur dan kelihatannya bukan seperti sanak saudara

d. Posting di status ala-ala seperti diva dan seperti mahukan perhatian

e. Gambar seksi di profil pic

Status mengutuk di wall Facebook

Aku personally sangat tidak suka dengan status yang suka kutuk mengutuk di Facebook. Sangat annoy!

Serangan di Wall

Kadang-kadang ada wanita yang menyerang wanita lain di Wall. Sila berikan perhatian lebih juga kepada wanita seperti di atas. Mungkin wanita yang diserang itu bersalah, dan mungkin juga dia tidak bersalah.

-Habis-

Nasihat aku, sila berhemah di Facebook kerana Facebook itu seperti cermin diri kita juga.

Kepada bloggerz wanita, aku minta maaf sekiranya pendapat aku ni menyinggung perasaan anda.

Sila jangan boikot aku. Tanpa kalian, siapalah aku.










Read Users' Comments (25)

25 Response to "TIP UNTUK LELAKI: JAUHI WANITA SEPERTI INI DIFACEBOOK"

  1. hudhud says:
    June 30, 2010 at 1:29 AM

    haha status in relationship atau married tu cm betul. tp utk lelaki yg add sekadar nk cr awek je la :P

  2. Nur Suaidah Bachok says:
    June 30, 2010 at 1:45 AM

    terbaik!! :)

  3. SiHatiMerah says:
    June 30, 2010 at 2:17 AM

    Facebook wanita yang 80 peratus dan lebih kawan wanitanya adalah lelaki
    Aku selalu jalan-jalan di Facebook dan selalu jugak aku mengusha profil-profil wanita. Selalunya, pemilik Facebook wanita yang kawan lelakinya adalah melebihi 80 peratus biasanya tergolong dalam kategori awek cun. Lelaki sangat suka add wanita cun. Kadang-kadang hanya saja untuk usha gambar. Itu saja.

    Mengapa aku katakan pemilik Facebook seperti ini harus dijauhi? Wanita seperti ini kemungkinan besar adalah playgirl, senang menerima, senang melayan dan jugak mudah jemu. Biasalah kan? Perempuan cun. Itu adalah normal.


    ohh..terasa~hahaha,tp sy tidak cun.

    status bleh tipu,sy sendiri slalu tukar status,adalah sbb tertentu

    btw,gud tips.thumb ups!

  4. Pinky Pixie says:
    June 30, 2010 at 2:26 AM

    info yg menarik!

    kenyataan yang sering blaku di sekitar kita kan. =)

  5. xira ixora says:
    June 30, 2010 at 2:48 AM

    menarik... :D

  6. Unknown says:
    June 30, 2010 at 3:42 AM

    status kat Fb kekadang xley pcye sgt kan,
    tuleh single tp dah ada
    tuleh in relation tp single
    tuleh enggaged tp x pun sbenanye (mcm saya)

    heheh.. ;)

  7. semut lelabah says:
    June 30, 2010 at 3:44 AM

    hudhud: sila jauhi.. hehe
    nursu'aidah: Tq
    ziela: anda tidak bersalah.. hehe
    pinky: memang. tp kita tidak sedar
    xira: tima kasih!

  8. semut lelabah says:
    June 30, 2010 at 3:45 AM

    haura: memang! tambah2 yang couple letak single. Selalu tertipu. hahaha

    dimanakah lelaki?

  9. Puppet Crown says:
    June 30, 2010 at 5:02 AM

    apa pun aku sokong 100% semua yg ko ckp...

  10. Farahin Esa says:
    June 30, 2010 at 7:27 AM

    ziela + haura = yO..stuju!
    <--slalu tipu status..sbb xde keje..

    fesbuk ni la mainan hidup aku..
    sebagai gurl yg berpengalaman..kwn lelaki 80% lbh..tp xknl pon..tp aii x ltk gamba seksi oke..hehe..sume tu just kejap je sonoknye..lame2 rase semak..annOy..last2 delete fesbuk..wat baru..then syg pulak fesbuk lame..activate smule..buat men game je..ahakz!
    tp kwn2 sume da kne delete..mwakakaka~

    sO..tips2 di atas mmg ade betol...miahaha..beware u guys..

  11. Unknown says:
    June 30, 2010 at 8:18 AM

    terbaek!!!

  12. @cik_ezati says:
    June 30, 2010 at 8:47 AM

    muehehehe..thums up, tak terasa agagaga ;)

  13. Husna Hadzarami says:
    June 30, 2010 at 11:51 AM

    untuk nombor 1 tu, kalau si playgirl tu private kan semua info dia macam mana si lelaki nak tau dia ramai kawan lelaki ke perempuan?? ehehh.

    yg pasal girl yg in a relationship and married tu aku setuju. tapi kdg2 ada yg dah tau the girl is in a relationship pun dia redah gak.

    org lelaki ni kan suka cabaran. tetttt~

    ;)

  14. semut lelabah says:
    June 30, 2010 at 1:33 PM

    ashraf: tak la sume betul.. :)
    mangkok chenta: haaa. baca pengakuan mangkok chenta.. :P
    sulaiman: sibuk je.. heheh
    zati: ye ke? :P
    husna: dalam sitausi tue, kiranya laki tue add dulu ler.. pttnyer kalau dah inrelationship, jangan la kaco.. cabaran mendenye..

  15. Luth Textile says:
    June 30, 2010 at 3:34 PM

    ADa betul ada tidak.. tapi boleh pakai la tips ni. hmm..

  16. semut lelabah says:
    June 30, 2010 at 4:44 PM

    luth: yes, apa yang aku rasa betul, x semestinya betul.. :) THANKS SUDI SINGGAH..

  17. shuffey.armie says:
    June 30, 2010 at 7:45 PM

    hahahahah...suke3!
    aku rimas betul dgn kawan2 perempuan yg suke nk wt wall-to-wall pastu dok sebok ngutok org lain...dah satu FB boleh bace...adoii

  18. cik hana says:
    June 30, 2010 at 11:42 PM

    btul3 ni..hehe :D xtahan btul ayt yg kaki kikis tue..haha lwk serh..haha :D

  19. SiHatiMerah says:
    July 1, 2010 at 12:43 AM

    heheh..betul3...

  20. Qib says:
    July 1, 2010 at 2:19 AM

    sy hampir 90 kawn perempuan.. sy ngn laki kureng sikit.. oleh itu.. add la saya.. hehe


    Jum singgah belog Pink!

    Cute tu hodoh!

  21. semut lelabah says:
    July 1, 2010 at 2:33 AM
    This comment has been removed by the author.
  22. semut lelabah says:
    July 1, 2010 at 4:45 AM

    armie:poyo gila kan?
    cik hana: heheh.. jgn jadik camtue
    ziela: betul lagi..
    pinQib: hehe.. buleh2.. nnti add

  23. Nurul Ayu says:
    July 2, 2010 at 12:56 AM

    aii seksi taw...sila percaya...=p

  24. Cik Yana says:
    July 2, 2010 at 2:53 AM

    Nice entry,,
    hehehhe~
    tp bg cik Yana facebook adalah sgt personal,,
    so cik Yana xkn sesuke ati approved frens req,,

  25. semut lelabah says:
    July 2, 2010 at 3:38 AM

    yue: suara ko ala-ala ella pas bgn pagi tue seksi.. auuwww... haha
    yana: betul sama sekali! ye a fb nie ada family, pensyarah, cikgu2.. so kene jage la..