TIP UNTUK WANITA: JAUHI LELAKI SEPERTI INI DI FACEBOOK!


Entri ini di tulis tepat jam 5.35 pagi, 28 Jun 2010, tatkala mata segar bugar macam haram walaupun esok kena pegi keja tepat jam 7.30 pagi. Sangat hampes!

Pagi atau malam tadi, masa tengok bola Argentina vs Mexico , aku ada chat dengan sorang bloggers. Sememangnya, setiap bloggers punyai cara dan kehidupan yang berbeza. Apa yang menjadikan kita (bloggers) sama adalah keinginan untuk berkongsi apa yang kita rasa melalui medium berbeza, iaitu penulisan.

Perbincangan kami hangat (tapi tak lah sampai cerita dalam kelambu.. hahaha) dan aku mengutarakan topik tentang jenis-jenis lelaki yang patut wanita jauhi di Facebook. Mengapa? Sebab aku merasakan wanita, anak gadis, anak dara, ibu tunggal, dan juga datin harus tahu tentang jenis-jenis lelaki yang harus mereka jauhi di Facebook. Sebabnya? Kerana Facebook sekarang telah menjadi satu fenomena ataupun boleh dikatakan sebagai satu cara hidup untuk kebanyakan masyarakat di seluruh dunia. Ibarat kata, macam makan nasi tiap-tiap hari!

Ramai orang bertemu jodoh melalui Facebook, ramai juga yang yang bercerai kerana Facebook, ramai juga yang bermusuh kerana Facebook, ramai juga yang ditipu dan dimalukan melalui Facebook.

Untuk entri kali ini, oleh kerana perbincangan aku dan juga rakan bloggerz tadi hanya merujuk kepada isu cerai-berai, clash, dan juga putus tunang, aku fokuskan isi kandungan entri ini kepada jenis-jenis lelaki yang harus kaum hawa jauhi supaya tidak menjadi spare tyre, bini kedua, skandal, atau seangkatan dengannya. Kredit juga entri ini kepada rakan bloggerz ini.

Perhatian: Tip-tip ini tidak boleh diaplikasikan kepada rakan lelaki yang anda kenali, ataupun saudara mara)

Facebook lelaki yang friend listnya adalah 80 peratus dan lebih adalah wanita
Kepada wanita, jika terjumpa friends request daripada lelaki seperti ini, adalah lebih baik anda jangan approve. Sebabnya, lelaki seperti ini adalah comfirm-comfirm pantang tengok perempuan cun, mesti dia add. Anda nilaikan sendiri.

Status: Married, In Relationship
Untuk tip ini, ia tidak dapat diaplikasikan kepada lelaki yang tidak mengaku dirinya sudah berpunya (tipu status daa).

Mengapa perlu dijauhi? Status seperti ini menunjukkan lelaki tersebut telah berpunya ataupun berkahwin. Buat apa nak kacau daun dan melayan lelaki yang dah berpunya. Bak kata pepatah "sudah terang lagi bersuluh". Nanti tak pasal-pasal kena serang. Ramai kan lagi still single. Contohnya aku -----> muka serius! (-:-).

Komen di gambar: Awak cantik lah, cutenyerrr..., Indahnya ciptaan Tuhan, dan seangkatan dengannya
Ini satu lagi. Wanita memang suka dipuji. Bila dipuji kembang semangkuk. Namun, tahukah anda wahai wanita, jika lelaki senang-senang sahaja memuji anda (walaupun baru beberapa kali komen di wall) maka dia senang-senang saja menghamburkan pujian itu kepada wanita lain? Pujian itu sekadar nak buat anda kembang semangkuk, dan rasa best. Maaf lelaki, pujian seperti itu seperti tiada nilai. Sila jangan buat (peringatan kepada diri sendiri).

Komen di wall anda bersayang-sayang
Kalau jumpa lelaki seperti ini, elok delete saja daripada friend list. Kata-kata sayang sekurang-kurangnya hanya layak untuk insan tersayang, maksud aku awek atau teman wanita (patutnya lebih layak kepada yang muhrim). Namun, sila abaikan jika rakan lelaki itu adalah seorang nyah ataupun lelaki lembut.

Kacau di chatbox
Serius aku juga pernah melakukan ini kepada seorang rakan facebook wanita yang tersangatlah cute. Tapi, kacau aku cuma sekadar say: Hi, Salam... Dan selalunya tidak berbalas dan aku akan stop sampai ke situ saja.

Seorang rakan aku juga pernah mengadu dia dimaki kerana tidak melayan chat seorang lelaki. Haha.. Boleh plak maki-maki. Lantaklah orang nak layan ke tak. Bengong!

Kalau dah tension sangat asyik kena kacau di chatbox, invisible saja. Kan senang?

Posting di wall anda jiwang-jiwang
Lelaki jiwang karat seperti ini eloklah dijauhi. Kalau dia boleh berjiwang karat dengan anda, dia juga boleh berjiwang karat dengan orang lain. Oleh itu, sila jauhi. (owh, aku juga jiwang karat kadang-kadang, oleh itu sila jauhi aku di Facebook).

Lelaki berumur dan kelihatan meragukan
Ok, tak dapat dinafikan seseorang itu mungkin membuka akaun Facebook kerana ingin mencari networking. Ok it just fine.

Tapi, sila berikan perhatian teliti sekiranya lelaki tersebut:
a. Seakan-akan mahu mengorat anda
b. Seakan-akan mahu mengorat anda
c. Seakan-akan mahu mengorat anda
d. Seakan-akan mahu mengorat anda

Maksud meragukan bagi statement di atas adalah seperti kelihatan beristeri.

Nasihat aku, sila jauhi lelaki berumur dan kelihatan seperti sudah beristeri. Ramai kot yang masih single dan muda-muda. Contohnya aku-----> muka serius! (-:-) sekali lagi.

-Habis-

Entri ini adalah pendapat peribadi aku hasil daripada perbincangan dan temuramah dengan rakan bloggerz tadi. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan marah.

Kepada lelaki, sila jangan tetak aku dengan parang.







Read Users' Comments (34)

34 Response to "TIP UNTUK WANITA: JAUHI LELAKI SEPERTI INI DI FACEBOOK!"

  1. sulaiman says:
    June 28, 2010 at 7:24 AM

    terbaek!!!

  2. Azie says:
    June 28, 2010 at 9:06 AM

    Tip yang agak2 cute gitu! pujian sy ni bahaya x?? klu sy puji kat en3 awk ni..hehehe!

  3. Hapiz Rahman says:
    June 28, 2010 at 9:56 AM

    sulaiman a.k.a botak: ko selalu buat kan? sila jauhi dia.. haha

    azie: no komen.. hehehe..

  4. simawarhitam says:
    June 28, 2010 at 10:39 AM

    bagus..bagus. paling senang, jangan layan lansung.

    nice blog bro! (puji blog je ek... wakakakaka)

  5. e5 says:
    June 28, 2010 at 11:43 AM

    Bukak akaun facebook pun sebab nak register gengblogger...

  6. PinQib says:
    June 28, 2010 at 12:47 PM

    nice entry. tp memang catu lumrah berfcebooking

  7. ♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ says:
    June 28, 2010 at 1:01 PM

    terbaekkkkk!!!!
    btol3..

    sgt suke post ney!...
    yeahh!..

  8. cik panadol says:
    June 28, 2010 at 1:06 PM

    bagus tips ni!

  9. kerol says:
    June 28, 2010 at 1:24 PM

    lelaki dan pompuan sama je. masing² kena beringat je la.

  10. nana says:
    June 28, 2010 at 1:36 PM

    haha... nice one. nanged!

  11. Ziela~ says:
    June 28, 2010 at 5:24 PM

    Hehehe..thanks a lot for ur usefull tips..

  12. .:Azreen:. says:
    June 28, 2010 at 5:42 PM

    nice one-lah :-) suke entry ni !

  13. Haura Malina says:
    June 28, 2010 at 10:06 PM

    kalau dah berpunya tp letak single cmne ek?
    kalau fren list dia 80% perempuan, slebihnya lelaki cmne lak tu?
    hehe ;)

  14. aku gadis biasa says:
    June 28, 2010 at 10:27 PM

    waaaa...
    bkn stakat kt fb...
    kt YM pn leh jd...

    errrr...
    http://terompahsiopah.blogspot.com/2010/06/sandiwara-dunia.html

  15. Hapiz Rahman says:
    June 28, 2010 at 10:58 PM

    simawarhitam: bole ke jangan layan langsung.. memerlukan usaha tue... hihih

    e5: e5 sangat suci. Sila kunjungi facebook beliau.. :)

    ctiey: tima kasih daun keladi.. :P

    cik penadol: meh penadol sebiji aku tengh pening kepale.. hehe

    kerol: laki tak pe.. pompuan nie kita kena sebagai lelaki kena care lebih sikit.

    nana: yeah! meh nak nanged ko jugak..:)

    ziela: same2 lah cik ziela.

    azreen: tq2.. :)

    haura: kan ke dah state kat atas tue..

    aku gadis biasa: yeah betul nanti wat tip untuk YM plak..

  16. I*K*T*I*R*A*F says:
    June 28, 2010 at 11:32 PM

    singgah! :)

    suke bace entri ni.

  17. heart~ says:
    June 28, 2010 at 11:34 PM

    fiwitttt awk hensem la (ade ayat nk ngorat x? kikikiki)

  18. safiyyahosman says:
    June 29, 2010 at 12:42 AM

    hohohooh...betol la...bahaya o00 dgn lelaki mcm tue..kan..

  19. J. Love says:
    June 29, 2010 at 1:11 AM

    gua hanya approve orang yang memang kawan gua je. and if the guy is cute, gua approve kejap, tengok gambar dia, check brape juta kawan dia, pastu gua un-friend balik.

    ade one phase dulu gua jenis approve je sape-sape. then, lepas dapat komen2 menghanjeng macam lu cakap tu, gua delete semua komen-komen tu and delete so-called kawan dalam friend list tu.

    gua memang rasa sape sape pun TAK PATUT approve just anyone dalam internet profile diorang. orang kenal dah la.

  20. Hapiz Rahman says:
    June 29, 2010 at 2:11 AM

    iktiraf: tq.. :)

    heart: itu gedik namenyer.. hehehe.. gurau je.

    saffiyah: serius suka dgn nama ko

    J.love: ko sama dengan aku. kengkadang aku juge add sebab die cute. hahah. then delete.

    Aku pun terfikir, biarlah kawan kite sikit, tp sumenye hargai kite dgn sentiasa komen, or tnyer khbar kite di FB. Ini kawan berjuta satu status ada la dlm 2 komen buat hape..

  21. Teyha is daddy's girl says:
    June 29, 2010 at 4:31 AM

    no komen...but best nasihat yg di beri...

  22. Cik Bucken says:
    June 29, 2010 at 7:07 PM

    duuuhhh~ meluat org yg puji2 cmtu.tp aku x kenelah.sbb aku bkn cantek pon.mahahah!(adekah aku jeles.teeettt)

  23. Hapiz Rahman says:
    June 29, 2010 at 11:28 PM

    teyha: tq.. :)
    Cik bucken: heheh.. cantik hatilah lagi best. :P

  24. mrs.eleanor says:
    June 30, 2010 at 3:18 PM

    haha, best baca entry neh. i give u multiple agreed lah! haha

  25. amalynadiary says:
    June 30, 2010 at 3:20 PM

    laki mcm tu saya dah delete dan block dr fb saya...
    meyemak je
    dan saya takkn mudah percaya bile org lelaki puji caomey dan seangkatan gn nya..wink

    saya sangat anti dgn lelaki poyo dan jiwang..wink2

  26. Hapiz Rahman says:
    July 2, 2010 at 3:41 AM

    mrs eleanor: tq so much..
    amalynnadiary: laki puji gitu nk ayat je.. pastue usha2 gambar.. jadi sila hati-hati..

    aku jugak kadang-kadang poyo dan jiwang.. kadang2 saja.. :P

  27. Mas says:
    July 5, 2010 at 12:16 AM

    bagos. berguna untuk aku. =)

  28. Anonymous Says:
    February 28, 2013 at 2:46 AM

    Hі there! This post could not be written any bettег!
    Rеaԁing this post reminds me of my old room mate!
    He always κept talking about thіs.
    I ωill fоrward this artiсlе to him.
    Fairly ceгtаin he will hаve a good reaԁ.
    Тhanks fοr shаrіng!


    my webpage; buy hcg drops - cicerone.org

  29. Anonymous Says:
    April 18, 2013 at 7:11 AM

    Ηellο would you mind shaгing which blog platform you're working with? I'm plannіng to start my own blog in the neаr futuгe but I'm having a hard time choosing between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your design seems different then most blogs and I'm
    looking foг something uniquе.
    P.S My apologіes for getting off-topiс but I haԁ to аѕk!


    Feel free to surf to my weblog ... Micro Stakes Offer

  30. Anonymous Says:
    May 5, 2013 at 6:43 AM

    Greetings! Veгy helpful advісе іn this pаrtіcular artіcle!
    It's the little changes that will make the biggest changes. Thanks a lot for sharing!

    Here is my web site hcg and weight loss
    My page - do hcg drops work

  31. Anonymous Says:
    June 10, 2013 at 8:41 AM

    There's certainly a great deal to know about this issue. I really like all the points you made.

    Here is my webpage; Americas Cardroom Poker Promotions

  32. Anonymous Says:
    June 14, 2013 at 9:19 AM

    Εxcellent aгticlе. Keep poѕting ѕuch κind of іnfo on your
    site. Im rеаlly іmpresseԁ by yоur
    blog.
    Hey thеrе, You havе performed a fantaѕtic ϳоb.
    I'll certainly digg it and in my view suggest to my friends. I am confident they will be benefited from this web site.

    My homepage: AmericasCardRoom Offer []

  33. Anonymous Says:
    June 15, 2013 at 10:55 AM

    ӏtѕ like you reаd my thoughts! You seem to grasp so muсh аbout this, such aѕ уou wгote thе guide in it or something.
    Ι belіevе that you сoulԁ ԁo ωith a few % to
    preѕsure the message housе a littlе bit, but οthеr thаn that, that
    іs mаgnifiсent blοg. A fаntaѕtic reаԁ.
    I will definitely bе bacκ.

    mу ωeb blog :: Red Κіngs Pokег Оffеr - -

  34. Anonymous Says:
    June 15, 2013 at 3:20 PM

    An оutstаnding share! I've just forwarded this onto a colleague who has been conducting a little homework on this. And he in fact bought me lunch simply because I found it for him... lol. So let me reword this.... Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending some time to talk about this matter here on your internet site.

    Take a look at my page; 888 Poker Offer - -